SOALAN LAZIM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
1
Bagaimana saya boleh membuat janji temu untuk Sesi Kaunseling? 

Anda boleh menghubungi Talian 03-8947 2082 atau menggunakan Aplikasi Whatsapp Rasmi Bahagian Kaunseling UPM, 011-5665 6221 untuk menempah janji temu anda bersama kaunselor. Anda juga boleh terus datang ke Bahagian Kaunseling UPM untuk membuat Tempahan Janji Temu.  

2
Di manakah terletaknya Bahagian Kaunseling UPM?

Bangunan Bahagian Kaunseling UPM terletak di Jalan Persiaran Masjid, bersebelahan Kolam Renang UPM. 


Berjumpa Kaunselor untuk Kali Pertama
3
Apa yang saya perlu sediakan untuk berjumpa kaunselor?

Anda hanya perlu mengisi maklumat peribadi anda di My Putra Counsellor sebelum anda berjumpa kaunselor. 

4
Adakah saya dikehendaki menandatangani apa-apa dokumen?

Ya, anda akan dikehendaki menandatangani satu Borang Persetujuan Termaklum pada janji temu yang pertama. Borang ini menggariskan hubungan antara anda dan kaunselor dan akan digunakan sebagai rekod di bawah perkhidmatan kaunseling.


Jangka Masa Sesi Kaunseling
5
Berapa lamakah setiap sesi kaunseling dijalankan?

Satu sesi kaunseling individu akan mengambil masa lebih kurang 40 minit hingga 60 minit, bergantung kepada keperluan sesi yang dijalankan.  Bagi satu sesi kaunseling kelompok akan mengambil masa 1 jam hingga 1 jam 30 minit bergantung kepada keperluan sesi yang dijalankan.  

6
Berapa kalikah sesi kaunseling yang saya boleh hadiri?

Jumlah sesi kaunseling adalah bergantung kepada persetujuan perbincangan antara anda dan kaunselor.  


Yuran
7
Adakah saya perlu membayar yuran perkhidmatan sesi kaunseling dan bimbingan ini?

Tiada caj yang dikenakan kepada pelajar dan pekerja Universiti Putra Malaysia yang mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling dan bimbingan  


Menghentikan Perkhidmatan Kaunseling
8
Bolehkah saya menghentikan sesi kaunseling?

Ya, anda boleh menghentikan sesi kaunseling pada bila-bila masa


Menukar Kaunselor
9
Bolehkah saya menukar kaunselor?

Sekiranya anda ingin menukar kaunselor, anda perlu menamatkan perkhidmatan dengan kaunselor yang sedia ada. Kemudian mohon untuk membuat penukaran kaunselor semasa membuat janji temu yang baharu.  Semasa perkhidmatan sesi kaunseling, anda hanya boleh mendapatkan menjalankan sesi kaunseling individu dengan kaunselor pada satu-satu masa. Anda tidak boleh mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling individu daripada kaunselor yang berbeza secara serentak


Kerahsiaan
10
Adakah kaunselor akan mendedahkan butiran peribadi saya?

Kaunselor tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa sebab yang kukuh. Yakinlah bahawa maklumat peribadi anda hanya diketahui oleh kaunselor sahaja.  Limitasi mengenai isu kerahsiaan mengikut Kod Etika Kaunselor, Lembaga Kaunselor Malaysia, muka surat 10 dan 11


Pertanyaan atau Aduan
11
Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya saya mempunyai pertanyaan mengenai perkhidmatan kaunseling dan bimbingan?

Sila hubungi Aplikasi Whatsapp Bahagian Kaunseling UPM, 011-5665 6221 atau melalui kaunselor@upm.edu.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami

Kemaskini:: 12/07/2022 [anis_akmil]

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDcRAA~