KEMBARA BIJAK WANG | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» AKTIVITI » KEMBARA BIJAK WANG

AKTIVITI

Tajuk Acara
KEMBARA BIJAK WANG
Tarikh
24 Apr 2019 - 24 Apr 2019
Masa
08.00 - 10.30
Lokasi
DEWAN KOLEJ PENDETA ZA'BA
Ringkasan Acara
Pengurusan kewangan merupakan salah satu ilmu yang sangat penting bagi pelajar dalam mendepani cabaran kehidupan sebagai mahasiswa. Tidak semua pelajar dapat menguruskan sumber kewangan yang mereka peroleh dengan bijak.
Kebanyakan pelajar mendapat pinjaman, atau tajaan biasiswa daripada sumber-sumber tertentu seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), yayasan negeri atau badan-badan korporat dan sebagainya. Ada juga yang dibiayai sepenuhnya oleh keluarga. Sekiranya mereka tidak dapat menguruskan kewangan dengan bijak, bukan sahaja masalah kewangan akan dihadapi, bahkan isu-isu lain mungkin akan timbul yang mana melibatkan emosi, konflik dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengajian di Universiti.
Selain kos sarahidup, perbelanjaan akademik seperti buku rujukan dan yuran pengajian, kekangan kewangan lebih dirasai apabila terdapat pelajar yang tinggal di luar kampus yang terpaksa membayar kos-kos lain dalam jumlah yang agak besar. Begitu juga sekiranya pelajar terlibat dengan kerja lapangan atau aktiviti luar semestinyalah bayaran dan kos-kos tertentu diperlukan.
Sehubungan itu, Bahagian Kaunseling UPM dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan HSBC akan mengadakan program KEMBARA BIJAK WANG 2019 bagi memberikan pendidikan kewangan khusus kepada pelajar UPM.
Matlamat utama program ini adalah untuk menyediakan pendidikan kewangan kepada pelajar agar kefahaman dan aplikasi mereka tentang produk dan konsep kewangan adalah yang tepat dan terbaik.
Untuk yang berminat, pendaftaran boleh dibuat di bit.ly/kembarabijakwang1
Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk poster berkaitan.

Kemaskini:: 24/04/2019 [azurani]

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDcSAR~