Bengkel TOT Video Resume | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Bengkel TOT Video Resume

Bengkel TOT Video Resume

SERDANG – Seramai  45 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar, staf dan felo kolej kediaman Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Bengkel Training Of Trainers (Tot) Video Resume pada  29 Februari dan 4 Mac 2020. Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM), Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Pusat Ko-kurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Kelab PEMADAM UPM bertempat di Dewan Kolej Canselor UPM.

 

‘Visibility’ atau keterlihatan graduan adalah perkara yang sangat perlu untuk dititik beratkan memandangkan tuntutan kerjaya pada masa kini yang bergantung hampir sepenuhnya kepada teknologi membuatkan mereka tidak dapat mengecualikan diri dari terlibat secara langsung dalam dunia siber. Kecanggihan teknologi pada masa kini yang melibatkan A.I (artificial intelligence) dan ‘machine learning’ telah membuatkan sektor pekerjaan dan kerjaya lebih efektif disamping kebolehan untuk meramal tindakan, akibat, risiko, dan juga potensi dengan ketepatan lebih dari 90%.

 

Dalam bengkel yang dikendalikan melatih fasilitator tentang cara untuk membuat Video aplikasi untuk membuat video resume secara mudah yang hanya melibatkan kos yang minimum atau percuma. Dengan terlaksananya bengkel ini, para fasilitator akan dapat membantu para pelajar lain menghasilkan ‘Video Resume’ yang bersedia untuk di muatnaik ke halaman media sosial, dan sekaligus menjadikan mereka bersedia untuk dilamar oleh mana-mana syarikat. Resume yang berkualiti tinggi dan mampu untuk bersaing bukan sahaja dalam negeri malahan juga luar negara.

 

Antara intipati bengkel adalah meliputi, pengenalan kepada video resume, penyediakan draft ‘content-board’, cara shoot video dengan peralatan (Camera, GoPro, Phone. etc), Self-publish video resume dan membina penulisan (content) cara Google.  

 

Impak daripada pelaksanaan program ini kepada universiti adalah secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan. Selain itu, kepada para pelajar UPM, dapat meningkatkan imej profesional graduan untuk ‘selfpositioning’ dalam alam siber agar keterlihatan mereka pada dunia pekerjaan dan kerjaya menajdi lebih tinggi secara profesional, serta meningkatkan kredibiliti diri calon yang sedang mencari kerja.

 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

 

Tarikh Input: 22/05/2020 | Kemaskini: 01/07/2020 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDcVAN~