Program Putra Career Guidance Memberi Pendedahan Mengenalpasti Personaliti Dan Minat Kerjaya Pelajar | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Program Putra Career Guidance Memberi Pendedahan Mengenalpasti Personaliti dan Minat Kerjaya Pelajar

Program Putra Career Guidance Memberi Pendedahan Mengenalpasti Personaliti dan Minat Kerjaya Pelajar

PROGRAM PUTRA CAREER GUIDANCE MEMBERI PENDEDAHAN MENGENALPASTI PERSONALITI DAN MINAT KERJAYA PELAJAR

SERDANG – Seramai  845 pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (ASPER UPM) telah menyertai program Putra Career Guidance secara bersiri mengikut kelompok kuliah bermula dari 17 Februari sehingga 20 Februari 2020 di Pusat Asasi Sains Pertanian. Program ini merupakan anjuran Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) dengan kerjasama Pusat Asasi Sains Pertanian.

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengenalpasti dan memahami lebih lanjut mengenai personaliti dan minat kerjaya. Selain itu, membantu pelajar mengetahui keselarasan antara  minat kerjaya dan pesekitaran kerja yang bersesuaian dengan diri mereka serta membantu pelajar merancang pilihan kursus pengajian yang bersesuaian bagi kemasukan ke peringkat pengajian ijazah sarjana muda selaras dengan minat, bakat dan keputusan akademik yang diperolehi.

 

Antara kaedah yang telah digunakan dalam pelaksanaan program ini adalah pertamanya  pelajar perlu menjawab Ujian Minat Kerjaya secara atas talian dan keduanya pelajar mendapat bimbingan kelompok daripada Kaunselor BKUPM untuk memberikan penjelasan berkenaan Profil Minat Kerjaya yang mereka perolehi yang terdiri daripada Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional (RIASEC). Antara lain, pelajar dibantu untuk memilih program yang bersesuaian dengan profil melalui Modul Pemilihan Program Bacelor UPM. Selain itu, turut diberi pendedahan berkenaan panduan untuk memilih  program pengajian dan deskripsi bidang pekerjaan.

 

Impak daripada pelaksanaan program ini kepada universiti adalah dapat mengurangkan risiko permohonan pertukaran pelajar berkenaan kursus pengajian. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi terus memberi membimbing kerjaya dan celik akal kepada pelajar ASPER dalam membuat keputusan dan pilihan kursus pengajian.

 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

 

Tarikh Input: 22/05/2020 | Kemaskini: 01/07/2020 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDdGA4~