5 Cara Efektif Kembalikan Semangat Bekerja | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 5 Cara Efektif Kembalikan Semangat Bekerja

5 Cara Efektif Kembalikan Semangat Bekerja

Oleh : Wan Azurani binti Wan Ahmad K.B.;P.A.


# TIPS 1: JADIKAN KERJA SEBAGAI RUTIN
Kita akan terbiasa melakukan sesuatu jika ianya telah menjadi amalan atau juga dipanggil rutin. Begitu juga dengan kerja, iaitu kerjaya seseorang. Jadikan kerjaya kita sebagai rutin amalan kita. Bangun pagi, fokus ke tempat kerja, dan balik bila tamat waktu bekerja. Bilamana ianya menjadi amalan rutin, minda tidak akan fokus kepada perkara negatif atau perkara yang remeh temeh, sebaliknya hanya fokus kepada tindakan semasa.

# TIPS 2: BERI HADIAH PADA DIRI SENDIRI
Hadiah pada diri sendiri boleh dijadikan sebagai ganjaran` bagi membangkitkan rasa dihargai dan disayangi sekali gus mampu menaikkan mood dan motivasi. Jika hadiah atau ucapan penghargaan diterima daripada orang lain, maka ia adalah bonus. Justeru, hadiah daripada diri sendiri ianya adalah satu kemestian.

# TIPS 3 : PAUSE & TAKE A BREAK
Dalam mengekalkan motivasi bekerja, badan dan minda juga memerlukan rehat yang secukupnya. Ianya sangat penting bagi mengekalkan bukan sahaja motivasi bekerja bahkan kualiti penghasilan kerja seseorang. Dalam tempoh bekerja juga, perlu ada waktu rehat. Berehatlah seketika. Pengambilan makanan berkhasiat juga sangat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

# TIPS 4 : TERAPI DIRI
Lakukan terapi berdasarkan kesukaan dan kesesuaian diri sendiri. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang. Melancong, berkebun, membaca, melakukan terapi yang disukai. Recharge diri!

TIPS 5 : MULAKAN DENGAN SEMANGAT BAHARU
Jadikan permulaan selepas tempoh rehat sebagai sesuatu yang baharu. Set semula minda, bertindak dengan cara baharu dan efektif. Tinggalkan rutin tidak berkesan, dan mulakan aktiviti yang berkualiti.

Semoga tip ini memberi manfaat buat semua. Untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang menarik, boleh layari laman sesawang rasmi kami di https://bkupm.upm.edu.my/ Juga, bagi mendapatkan program atau aktiviti yang menarik anjuran bersama kami di Bahagian Kaunseling UPM, anda boleh ikuti kami di media sosial facebook, instagram dan TikTok kami.

 

Tarikh Input: 30/03/2024 | Kemaskini: 30/03/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFCHA1~