Competition Of EKSA Logo Creation | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» EKSA BKUPM » EKSA's Activities » Competition of EKSA Logo Creation

Competition of EKSA Logo Creation

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA), PERINGKAT BAHAGIAN KAUNSELING UPM, TAHUN 2021

 

  1. Pengenalan

    Sempena pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) secara menyeluruh di Universiti Putra Malaysia, semua PTJ adalah dipelawa menyertai Pertandingan Mencipta Logo  EKSA UPM Tahun 2021. Oleh itu, Bahagian Kaunseling UPM mengambil inisiatif ini untuk mengadakan Pertandingan Mencipta Logo EKSA di peringkat dalaman.

  2. Syarat-syarat Pertandingan & Spesifikasi Logo

  • Penyertaan terbuka kepada semua pekerja di BKUPM sahaja.
  • Setiap PTJ hanya boleh menghantar 1 penyertaan
  • Reka bentuk logo hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 bewarna putih dalam komputer grafik menggunakan format AI (Adobe Illustration) atau JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian terkini yang bersesuaian.
  • Semua logo adalah ciptaan asli dan tidak boleh mengandungi unsur sensitiviti kaum, budaya dan agama. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya ciptaan adalah tidak asli sepertimana di dalam akuan borang. 
  • Maksimum penggunaan empat (4) warna tidak termasuk warna hitam dan Tulisan EKSA UPM wajib dimasukkan dalam logo EKSA tetapi hendaklah dalam bentuk yang ringkas dan mudah. 
  • Menyediakan pengertian Logo EKSA UPM. PTJ perlu memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
  • Disediakan dalam Bahasa.
  • Nama PTJ tidak boleh dimasukkan dalam ciptaan Logo EKSA. Logo UPM tidak boleh dimasukkan dalam ciptaan Logo EKSA.
  • Logo EKSA mesti melambangkan amalan kelestarian hijau dan berimej.

 

3. Keputusan Pertandingan  

  • Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan adalah tidak
  • Panel penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati PTJ tidak mematuhi mana-mana syarat pertandingan yang ditetapkan.
  • Panel penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo sekiranya perlu. Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik
  • Semua pemenang akan dimaklumkan secara rasmi oleh urusetia

 

4. Borang Penyertaan 

 Penyertaan perlu diisi melalui googleform di pautan berikut : https://forms.gle/eVwDgG6QzhpNnmxT7

5. Tarikh Tutup

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Mac 2021 (Rabu) jam 5.00 petang.

                                                                                                       

 

 

 

 

 

 

Updated:: 10/03/2021 [anis_akmil]

MEDIA SHARING

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEdPAq~