Bengkel Penulisan Karya Motivasi Dan Inspirasi | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» NEWS » Bengkel Penulisan Karya Motivasi dan Inspirasi

Bengkel Penulisan Karya Motivasi dan Inspirasi

SERDANG – Seramai 20 orang Pegawai Psikologi UPM dan AKRAB UPM telah menghadiri Bengkel Penulisan Karya Motivasi dan Inspirasi pada 23 Julai 2020. Bengkel yang dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad dari Fine Training Academy  merupakan penulis kepada hampir 30 buah buku karya bukan fiksyen.

Bengkel Penulisan Karya Motivasi dan Inspirasi ini bertujuan untuk melatih kemahiran penulisan artikel berbentuk motivasi dan inspirasi kepada Pegawai Psikologi dan Ahli Akrab UPM. Antara objektif bengkel termasuklah memberi pendedahan resepi karya motivasi dan inspirasi yang menarik minat membaca. Selain itu, peserta diberikan kemahiran penulisan karya motivasi yang sesuai mengikut khalayak pembaca.

 

Selain daripada teori penulisan, kemahiran peserta juga diuji semasa bengkel. Setiap peserta juga diberikan tugasan latihan penulisan menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai untuk menulis karya yang menyentuh perasaan dan memberi inspirasi kepada peserta. Peserta yang diberikan tugasan penulisan menerima maklum balas lansung daripada jurulatih dari segi pemilihan kosa kata, susunan ayat, serta elemen emosi dalam penulisan.

Impak daripada perlaksanaan bengkel ini kepada universiti dalam meningkatkan kemahiran komunikasi bertulis yang berkesan kepada peserta. Hasil bengkel ini kelak dapat dikompilasi menjadi buku naskah catatan pengalaman semasa menempuh fasa PKP di rumah. Syabas dan tahniah buat semua peserta. Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan bengkel ini.

Date of Input: 30/01/2021 | Updated: 30/01/2021 | azurani

MEDIA SHARING

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEaEAe~