Bijak Wang Hati Tenang | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» NEWS » Bijak Wang Hati Tenang

Bijak Wang Hati Tenang

SERDANG – Seramai  80 orang warga kerja UPM dari pelbagai Pusat Tanggungjawab telah menghadiri Program Motivasi Putra Bijak Wang Hati Tenang baru- baru ini. Program ini adalah salah satu dari siri Program Motivasi yang dilaksanakan sebagai program latihan bagi pekerja UPM.

Penceramah yang dijemput bagi program ini, Tuan Shamsudin Kadir adalah penulis buku -buku pengurusan kewangan, panel jemputan slot Bijak Wang di Radio Ikim. Beliau juga sering dijemput di stesen televisyen untuk berkongsi tips pengurusan kewangan, faraid dan pelaburan. Dengan kepakarannya melebihi 15 tahun, banyak input berguna dikongsikan beliau dalam program ini. Antaranya  perkongsian beliau termasuklahpengurusan gaya hidup, hutang dan perbelanjaan. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kemahiran menganalisis status kewangan dan pengurusan hutang. Sebagai nilai tambah kepada peserta, pengetahuan asas pelaburan juga turut dikongsikan kepada peserta agar peserta tidak terjebak dengan skim cepat kaya. 

Kemahiran pengurusan kewangan adalah penting kepada setiap individu tidak mengira umur dan peringkat jawatan kerana ianya adalah kemahiran penting dalam kehidupan. Malah, kesejahteraan kewangan juga merupakan salah satu komponen yang terkandung dalam model kesejahteraan holistik.

Impak daripada perlaksanaan bengkel ini kepada universiti dalam meningkatkan ilmu pengurusan kewangan dan perbelanjaan berhemat kepada peserta. Apabila pekerja mengurus kewangan dengan baik, masalah tatatertib keberhutangan tinggi dapat dicegah.  Selain itu, apabila kewangan peribadi dapat diuruskan dengan baik, tahap stress pekerja adalah terkawal dan lebih tenang ditempat kerja. Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan bengkel ini.

Date of Input: 30/01/2021 | Updated: 30/01/2021 | azurani

MEDIA SHARING

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEQSAB~