CATHARSIS, NEW APPROACH FOR EMOTIONAL MANAGEMENT | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» NEWS » CATHARSIS, NEW APPROACH FOR EMOTIONAL MANAGEMENT

CATHARSIS, NEW APPROACH FOR EMOTIONAL MANAGEMENT

SERDANG, 8 Mac - Program pengurusan emosi mendapat nafas baru melalui pendekatan Modul Intervensi yang dibawakan oleh Kluster Kaunseling Pekerja (KKP), Bahagian Kaunseling UPM. Modul Intervensi ini dibangunkan untuk membantu para pekerja mengurus emosi (diukur melalui tahap stres, kemurungan dan kebimbangan) mereka dengan lebih efisyen. Pendekatan katarsis atau membawa maksud ‘kelegaan emosi’ dijadikan satu pendekatan baru dengan membawa elemen personaliti untuk mendalami cara berkesan menguruskan emosi.

Pendekatan KKP dalam mendekati para pekerja UPM untuk memahami personaliti diri sekali gus menjalani ujian saringan kesihatan mental DASS21 UPM secara atas talian, memberi impak positif kepada para peserta dalam memahami sifat dan tingkah laku mereka serta dapat mengukur tahap kesihatan mental dalam program Katarsis ini. Secara tidak langsung mereka mendapat pemahaman tentang personaliti diri seiring cara berkesan mengurus emosi seharian dengan kaedah yang betul. Program Katarsis  ini dijalankan sejajar dengan Kempen Mental Sihat Kerjaya Cemerlang yang bermula Februari yang lalu, pendekatan turun padang KKP ke Pusat-pusat Tanggungjawab, UPM Kampus Serdang bagi  memberi pendedahan kepada para pekerja tentang pentingnya menjaga kesihatan mental mereka.       

      

Date of Input: 05/04/2019 | Updated: 16/04/2019 | anis_akmil

MEDIA SHARING

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDdEAG~