Program Bual Bicara Pakar | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» NEWS » Program Bual Bicara Pakar

Program Bual Bicara Pakar

Program Bual Bicara Pakar telah berjaya dilaksanakan pada 9 Oktober 2019, bertempat di Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia. Seramai 63 orang peserta yang telah menyertai program dan mendapat manfaat daripada pakar yang menyampaikan ceramah.

 

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kesejahteraan diri. Manakala jika berdepan dengan depression, seseorang itu perlu mengambil tindakan untuk mendapatkan rawatan secara psikologi. Depression yang dihadapi akan mengganggu dari segi kesejahteraan fizikal, mental, spiritual, psikologikal, sosial dan juga intelektual. Ketidakseimbangan dari segi kesejahteraan diri yang holistik akan menyebabkan manusia tidak dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jika berada di organisasi contohnya, individu tidak dapat menggunakan kemahiran yang ada dan tidak dapat meningkatkan kemahiran disebabkan masalah depression. Kesannya secara tidak langsung akan menggugat produktiviti seseorang dan ini akan memberi kesan langsung kepada organisasi.

 

Oleh yang demikian, sekiranya kita mengenalpasti ada di antara sahabat sekerja yang kelihatan murung dan seolah-olah mempunyai masalah, anda digalakkan untuk bertanya khabar dan mengambil peluang untuk bercakap dengan sahabat tersebut.  Kemungkinan besar, dia memerlukan sokongan daripada anda, dan kemungkinan besar juga dia memerlukan seseorang sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Jadi JOM sama-sama kita bantu antara satu sama lain, jika tidak mampu atau tidak mempunyai kemahiran, mohon salurkan kepada Pegawai Psikologi untuk sahabat anda dibantu. Sekurang-kurangnya anda memainkan peranan dan tanggungjawab anda dalam usaha untuk membantu, dengan menyalurkan kepada indivudu yang tepat.

 

Tips Kenalpasti simptomdipression.

  • Sukar untuk gembira
  • Kritik diri sendiri dan orang lain
  • Keraguan pada diri sendiri secara berterusan
  • Kurang bertenaga
  • Marah yang berlebihan
  • Perkara kecil dirasakan besar
  • Rasa bersalah terhadap masa lalu dan masa depan
  • Ketidakupayaan untuk berehat
  • Berada dalam kesedihan
  • Sentiasa mencari kesempurnaan

 

Date of Input: 07/11/2019 | Updated: 07/11/2019 | aimrosli

MEDIA SHARING

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDcXAV~