Program Latihan Pengungsian Bangunan Di Bahagian Kaunseling UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» NEWS » Program Latihan Pengungsian Bangunan di Bahagian Kaunseling UPM

Program Latihan Pengungsian Bangunan di Bahagian Kaunseling UPM

Program Latihan Pengungsian Bangunan di Bahagian Kaunseling UPM telah berjaya diadakan pada 30 Oktober 2019 bertempat di Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia. Seramai 35 orang yang telah terlibat dalam latihan yang terdiri daripada pegawai dan staf BKUPM serta peserta kursus yang sedang mengikuti program Personaliti Unggul di Auditorium Bahagian Kaunseling UPM.

 

 Komitmen yang baik daripada semua pasukan ERT telah berjaya mendapat pujian daripada pihak Bantu Mula. Semua ERT berjaya memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut jawatankuasa yang telah dibentuk sebelum latihan dijalankan dan direalisasikan melalui tindakan yang sempurna pada hari latihan.

 

Jangkamasa untuk mengosongkan bangunan yang mempunyai 2 aras adalah sepatutnya 2 minit, walau bagaimanapun atas kecekapan semua ERT, jangkamasa yang berjaya dicapai adalah 1 minit. Mangsa telah berjaya diselamatkan dengan bantuan permulaan yang segera oleh seksyen pertolongan cemas dan pihak Bantu Mula telah sampai ke lokasi sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada Komander Insiden. Seterusnya pihak PKU juga telah berjaya memberi bantuan kepada mangsa yang ditempatkan di ICS. Manakala semua yang berada dalam bangunan berkumpul di tempat berkumpul dan semuanya berada dalam keadaan baik dan selamat.

Date of Input: 07/11/2019 | Updated: 07/11/2019 | aimrosli

MEDIA SHARING

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
+603 9769 2083
C1576483886