Kursus Pemantapan AKRAB Siri 2 2024 : Kaunseling Keluarga | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Kursus Pemantapan AKRAB Siri 2 2024 : Kaunseling Keluarga

Kursus Pemantapan AKRAB Siri 2 2024 : Kaunseling Keluarga

Oleh : Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.;P.A.

SERDANG, 30 April - Kursus Pemantapan AKRAB Siri 2 2024 : Intervensi Kewangan merupakan inisiatif Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) UPM dan Seksyen Pembangunan Kendiri, Bahagian Kaunseling UPM. Pengarah program Dr. Nik Farhan binti Mustapha, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia yang juga merupakan Exco Kebajikan dan Kerohanian AKRAB. Penceramah jemputan pada kursus Pemantapan AKRAB pada kali ini Encik Md Noh bin Saiman K.B.;P.A. merupakan Ketua Penolong Pengarah, Unit Intervensi dan Kaunseling Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang merupakan individu berpengalaman luas dalam bidang kaunseling keluarga. Program telah berjaya dilaksanakan pada 26 April 2024 bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Lokasi program adalah di Auditorium, Bahagian Kaunseling UPM. Kursus ini dijalankan sebagai pemantapan ilmu kepada ahli AKRAB UPM sebagai persediaan untuk menjalankan sesi bimbingan kepada rakan sekerja di Pusat Tanggungjawab masing-masing selaras dengan objektif AKRAB iaitu menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja bagi meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

Seramai 57 orang peserta terdiri dari ahli AKRAB UPM dan Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling UPM telah menyertai program ini. Impak program adalah untuk meningkatkan ilmu dan keyakinan ahli AKRAB UPM dalam menjalankan sesi bimbingan di PTJ masing-masing terutama tentang isu melibatkan keluarga. Selain itu, impak daripada program ini adalah sebagai insiatif merealisasikan misi AKRAB UPM iaitu membantu rakan sekerja yang memerlukan bantuan dalam menghadapi masalah kehidupan. Penyelaras AKRAB UPM, Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.;P.A. berhasrat agar program ini akan dapat memastikan salah satu misi AKRAB dapat di capai iaitu menjadikan AKRAB sebagai perantara antara pegawai di PTJ dengan Pegawai Psikologi BKUPM dalam membuat saringan permasalahan khusunya dalam intervensi kaunseling keluarga. Beliau juga yakin perkara ini dapat dicapai berdasarkan pengisian program yang sangat baik serta komitmen padu yang ditunjukkan oleh ahli AKRAB UPM yang menyertai Kursus pada kali ini.

Beliau juga berharapan dengan penyertaan ahli AKRAB di dalam program-program pemantapan AKRAB UPM ini akan memberi nilai tambah kepada ahli AKRAB untuk memainkan peranan penting dalam membantu pihak pengurusan Universiti membentuk kelompok pekerja yang berkualiti, dan Sejahtera. Penghargaan juga diberi kepada barisan jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menggerakkan program kali ini sehingga berjaya.

  

   

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
WXFVUAn~