Sejarah | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» MENGENAI KAMI » Sejarah

Sejarah

Sejarah awal perkhidmatan kaunseling di UPM telah bermula sejak tahun 1970 -an yang hanya memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada mahasiswa sahaja. Justeru perkhidmatan kaunseling diberikan kepada mahasiswa oleh Pegawai Tadbir (Skim N) yang berkelulusan kaunseling.   Transformasi Skim telah bermula di UPM Pada 17 September 2003, di mana Empat (4) orang Kaunselor (Skim S) telah dilantik untuk memberi perkhidmatan kaunseling secara profesional kepada pelajar.

  Pada 3 November 2003, Jawatankuasa keutuhan Pengurusan UPM dalam mesyuarat siri 3/2003 telah bersetuju untuk meluluskan sebuah unit kaunseling staf diwujudkan di Pejabat Pendaftar UPM. Lantaran itu, Seorang kaunselor sedia ada dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah ditugaskan ke unit baharu ini.

Bermula dari detik itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terbahagi kepada dua Seksyen Kaunseling yang beroperasi secara berasingan di mana berfokuskan kepada klien pelajar dan staf. Seksyen Kaunseling Pelajar seramai 12 orang Pegawai Psikologi di bawah PTJ Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf seramai 3 orang Pegawai Psikologi di bawah PTJ Pejabat Pendaftar.

Selaras dengan keperluan klien daripada pelajar dan staf serta program-program yang dirancang untuk warga UPM termasuk Program CSR yang banyak melibatkan kerjasama kesemua pegawai psikologi dari dua seksyen ini. Maka sudah sampai masanya untuk kedua-dua seksyen ini bergabung kepakaran di bawah satu entiti untuk fungsi yang lebih impak secara total ke arah pembangunan staf yang produktif, pemantapan sahsiah dan kecemerlangan akademik pelajar. Akhirnya pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti kali ke 571, pada 6 April 2016 telah memutuskan penubuhan entiti baharu yang diberi nama Bahagian Kaunseling UPM. Bahagian ini telah menggabungkan kedua-dua seksyen dari dua PTJ menjadi satu PTJ di bawah HEPA. Seramai 20 staf di bawah Bahagian ini termasuk Ketua Bahagian dan Pegawai Psikologi.

Kemaskini:: 15/02/2022 [anis_akmil]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdJA6~