WRITE UP STORY LEVEL UP | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ACTIVITIES » INORGANIC CHEMISTRY

Event Title
WRITE UP STORY LEVEL UP
Date
01 Oct 2022 - 31 Dec 2022
Time
08.00 - 05.00
Location
UPM Counselling Division
Event Summary
SYARAT PENYERTAAN PROGRAM WRITE UP STORY Menulis adalah salah satu kemahiran kepintaran yang mampu menjana kekuatan minda. Oleh itu, Bahagian Kaunseling UPM sekali lagi membuka peluang kepada warga pelajar untuk meluahkan pelbagai cerita-cerita daripada pengalaman sendiri sama ada sedih, lucu, bermotivasi serta menggembirakan. Cerita-cerita yang terpilih akan dimuatnaik ke e-Majalah Katarsis BKUPM / Buletin BKUPM. Syarat dan Limitasi 1. Tidak menyentuh mana-mana sensitiviti agama, kaum serta isu-isu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri anda, keluarga dan universiti. 2. Karya adalah asli dan bukan diciplak. Kriteria Penulisan 1. Penulisan mestilah sekurang-kurangnya 500-900 patah perkataan. 2. Menggunakan tulisan Tahoma, saiz 11, 1.5 spacing. 3. Boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris 4. Gaya Penulisan terpulang kepada penulis sama ada dalam bentuk penceritaan atau pun penulisan artikel. 5. Setiap karya yang dihantar haruslah dalam format Microsoft WORD sahaja. 6. Penulisan yang mempunyai sumber rujukan perlulah mengikut format APA . Tarikh Hantar Setiap karya mesti hantar pada atau sebelum 31 Disember 2022 (Sabtu) melalui emel kaunselor@upm.edu.my. Nyatakan nama dan nombor telefon dalam setiap emel yang dihantar. Hadiah Setiap penyertaan yang terpilih akan menerima hadiah istimewa daripada Bahagian Kaunseling UPM serta e-sijil penyertaan **Hubungi urusetia untuk sebarang persoalan di talian 03-9769 2085 atau Whatsapp Waktu Pejabat Sahaja 019-8474641 (Pn. Anis Akmilah bt. Mat Hassan)

Updated:: 03/10/2022 [anis_akmil]

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEdXAi~