KAUNSELOR, BETUL KE? Saya Tak Boleh Bandingkan Diri Saya Dengan Rakan-rakan? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » KAUNSELOR, BETUL KE? saya tak boleh bandingkan diri saya dengan rakan-rakan?

KAUNSELOR, BETUL KE? saya tak boleh bandingkan diri saya dengan rakan-rakan?

Oleh : Puan Wan Azurani binti Wan Ahmad K.B.;P.A.

Ya, setiap manusia ada keistimewaan tersendiri. Jom, kaunselor kongsikan 5 tip untuk hidup gembira…

Pertama - Jangan benci sesiapa pun (Don’t hate anyone)

Kedua – Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain (Don’t compare yourself to others) 

Ketiga – Jangan risau tentang masa lalu dan masa hadapan (Don't worry about your past or future)

Keempat – Jangan mengharapkan balasan apabila memberi (Don’t expect to get what you give)

Kelima – Jangan mengungkit kesusahan yang dilalui (Never complain about your difficulties)

Mari kita rungkai tips kedua tu..Don’t compare yourself to others…jangan kita banding-bandingkan diri kita dengan orang lain..

Jika kita bandingkan diri kita dengan orang lain, kita akan rasa rendah diri atau sebaliknya. Ianya berkait dengan estim kendiri atau keyakinan diri seseorang. Apa itu estim kendiri dalam konsep kendiri?  Estim Kendiri adalah kepercayaan kepada diri sendiri. Sebagai contoh, kita bezakan diri kita dari paras rupa, kita bezakan pula diri kita dari segi kekayaan, atau dari segi tahap pencapaian akademik. Bila kita rasa diri kita tak sehebat kawan-kawan lain, timbul perasaan iri kan. Atau pun kalau tak ada perasaan cemburu, timbul perasaan rendah diri. Terbit rasa kurang yakin diri. Ini kalau kawan kita itu lebih baik dari kita. Jika kita yang lebih baik, lebih hebat pula, datang pula sifat riak, ujub diri sendiri. Pasti itu juga tidak baik kan dalam perhubungan kita sesama rakan.

Estim kendiri atau daya percaya diri adalah antara elemen penting dalam diri setiap manusia. Dengan adanya estim kendiri membolehkan kita menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa. Estim kendiri ada kaitannya dengan kebolehan kita percaya dengan diri sendiri dan yakin dengan kekuatan diri. Ia banyak kaitannya dengan keyakinan kita dalam menjalani kehidupan. Estim kendiri mendorong kita mencuba perkara baru, mempelajari kemahiran baru, berkenalan dan membina jaringan rakan baru dan banyak lagi.

Jadi, untuk yakin, percaya diri, tenang, gembira, bahagia, usah membanding-bandingkan antara satu sama lain. Kita punyai keistimewaan tersendiri. Kawan kita juga. Kita ada kekurangan, kawan kita pun sama. Bersederhanalah an jadikan keistimewaan dan kekurangan sebagai satu kelebihan. Kita adalah kita yang sentiasa mencari kebaikan. Pasti kita tenang-tenang saja…

Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 30/10/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (05:55:58pm-06:00:58pm, 30 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]