Oleh : Encik Mohamad Za’im bin Rosli K.B.;P.A.
Terima kasih kepada yang bertanya. Boleh jadi betul dan boleh jadi tidak. Pertama sekali perlu diakui bahawa kecemerlangan yang holistik itu penting bagi setiap mahasiswa. Ini juga menjadi aspirasi kerajaan untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berdaya saing.
Bagi memastikan mahasiswa mempunyai kualiti yang diidamkan oleh majikan, maka suka atau tidak, ia kecemerlangan itu perlu dilihat dalam aspek yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik.
Saudah pasti ianya menjadi cabaran kepada mahasiswa, namun itu tidak mustahil untuk dicapai. Ramai mahasiswa lain yang Berjaya membuktikan aktiviti kepemimpinan tidak mengganggu kualiti akademik bahkan meningkatkan lagi.
Namun tidak juga dinafikan terdapatkan juga pemimpin pelajar yang mengalami kemerosotan setelah aktif dengan kepemimpinan.
Persoalannya, bagaimana untuk mencapai kecemerlangan yang seimbang ini?
Pertama dan utama adalah penting untuk mahasiswa menanam impian yang besar dan percaya akan Impian tersebut pasti boleh dicapai. Seterusnya mahasiswa perlu membahagikan stratergi kecemerlangan mengikut semester.
Bermula dengan pencapaian akademik semester, pastikan mahasiswa cakna dan mahir dengan sistem pemarkahan di universiti. Kebanyakan mahasiswa mengabaikan ilmu pemarkahan ini sehingga menjadikan mereka tersasarkan dan seterusnya terus kecewa dengan pencapaian akademik mereka.
Seterusnya menetapkan sasaran pencapaian dalam aktiviti kepemimpinan. Perlu diingatkan bahawa pencapaian atau penglibatan dalam aktiviti kepimpinan adalah sepanjang tahun dan tidak tertakluk hanya dalam lingkungan 14 minggu Sahaja.
Jadi mahasiswa boleh mengaturkan aktiviti kepimpinan tanpa mengganggu waktu kuliah. Sekiranya aktiviti kepimpinan perlu dilaksanakan atau disertai dalam tempoh kuliah, maka mahasiswa perlu mahir menggunakan kalendar akademik untuk Menyusun Langkah.
Pemilihan persatuan yang berkualiti juga penting. Silalah menjadi seorang pemimpin yang memilih dalam aspek kualiti kepemimpinan. Pilih persatuan atau pemimpin yang berkaliber, berkemahiran yang mampu memberi manfaat kepada anda. Tinggalkan persatuan yang tiada perancang, terlalu mengejut dan tiba-tiba, serta beremosi.
Semoga pandangan ini membantu anda.
Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 30/10/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia