Stres Itu Biasa | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Stres itu Biasa

Stres itu Biasa

Oleh : Pn. Izwana Ismail

 

Dalam kehidupan kita,'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Ini kerana, stres terbahagi kepada dua iaitu eustress dan distress. Eustress ialah stres yang membina dan individu tersebut boleh menyesuaikan diri. Manakala distress pula, keadaan di mana individu yang mengalaminya tidak boleh menyesuaikan diri dan jika tidak diatasi boleh merosakkan diri. Apabila stres tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.

 

Bila bercakap tentang stres, semua orang pernah melaluinya. Sebelum kita pergi lebih jauh, suka saya berkongsi dengan pembaca tentang definisi stress secara ringkas. Istilah stres merujuk kepada tekanan, beban, keletihan, ketegangan dan hilang daya. Stres adalah ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran dan berlakunya gangguan kepada kehidupan. Secara keseluruhannya, apabila seseorang individu mengalami stress, emosi, pemikiran dan tingkah laku tidak selari. Sebagai pelajar, apabila mengalami stres, dia tidak dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran dan tidak boleh berfikir secara rasional. Badan akan menjadi lemah dan letih.

 

Apabila keadaan ini berlaku, kerja-kerja seharian akan terganggu atau pelajar tidak menghadiri kuliah. Oleh yang demikian, untuk mental yang sihat maka kita perlu mengurus dan cuba mengatasi stres dengan cara yang berkesan dan sesuai dengan diri. Sebelum anda mendapatkan cara yang sesuai untuk mengurus stres, suka saya kongsikan beberapa kata positif untuk memberi dorongan, ketenangan dan meredakan stres yang berlaku.

 

Dipetik daripada Buku 170 Kata-kata Dorongan Menjadi Pelajar Hebat.

Jom ikuti Tips Menghadapi Stres oleh Puan Izwana Ismail.

Tarikh Input: 25/03/2021 | Kemaskini: 23/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDcSAJ~