Tips Mengatasi Konflik | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tips Mengatasi Konflik

Tips Mengatasi Konflik

Konflik berlaku apabila terdapat perbalahan atau salah faham antara dua individu berkaitan sebarang topik. Konflik adalah satu perkara yang negatif kerana ia boleh menjejaskan hubungan dan merosakkan silaturrahim antara individu-individu yang terlibat. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk mengelakkan diri daripada mengalami konflik. Walau bagaimanapun, sekiranya kita telah terjebak dengan sebarang konflik, berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan untuk mengatasi situasi tersebut.

 

  1. Mendengar pandangan pihak lawan

Langkah pertama yang boleh dipertimbangkan dalam mengatasi konflik ialah dengan mendengar sudut pandangan daripada pihak lawan. Sering kali, berada dalam situasi konflik, kita akan mengelak untuk mendengar serta menerima pendapat dan pandangan pihak lawan oleh kerana ego. Oleh itu, kita haruslah menurunkan ego dan mendengar pendapat pihak lawan.

 

  1. Mengawal emosi

Sekiranya anda mengalami situasi konflik, pastinya anda akan mengalami emosi-emosi negatif seperti emosi marah dan ego. Untuk mengatasi konflik yang dialami, anda haruslah mengawal emosi-emosi negatif tersebut daripada mengambil alih diri anda. Alihkan emosi negatif tersebut akan supaya tidak memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan anda bertindak secara tidak rasional.

 

  1. Berusaha untuk mencapai kata putus

Dua individu yang mengalami konflik pasti mempunyai pendapat yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, untuk mengatasi konflik, individu-individu yang terlibat haruslah berusaha untuk mencari persamaan antara satu sama lain dan mencapai kata putus atau “common ground” yang bermanfaat untuk kedua-dua pihak dan seterusnya meleraikan konflik yang dialami.

 

Tarikh Input: 24/09/2021 | Kemaskini: 24/09/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDdTAU~