Tips Menjaga Kesihatan Mental Semasa Pembelajaran Dalam Talian | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tips Menjaga Kesihatan Mental semasa Pembelajaran Dalam Talian

Tips Menjaga Kesihatan Mental semasa Pembelajaran Dalam Talian

Dengan kewujudan norma baharu di mana pembelajaran adalah dalam talian, tidak hairanlah pelajar-pelajar cenderung berdepan dengan tekanan dan menyebabkan keletihan mental. Hal ini berkait rapat dengan kesihatan mental mereka. Kesihatan mental yang baik adalah penting untuk memastikan pelajar dapat belajar secara aktif dan berkesan. Oleh itu, wajarlah untuk pelajar mencuba sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan mental mereka terutamanya semasa pembelajaran dalam talian yangmenjadi punca tekanan kepada mereka.

Antara tips untuk menjaga kesihatan mental semasa pembelajaran dalam talian adalah pelajar perlu menyediakan ruang belajar yang selesa dan memulakan hari dengan bersiar sebentar di bawah cahaya matahari. Dengan ini, pelajar dapat memulakan hari mereka dengan lebih bersemangat dan bersedia untuk menghadiri kelas.

Seterusnya, pelajar perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, bersenam dan tidur 7 hingga 9 jam setiap hari untuk kehidupan yang lebih teratur.

Pelajar juga boleh berehat dari menatap skrin dengan melakukan aktiviti relaksasi seperti mendengar lagu atau berborak dengan rakan.

Dengan menjaga kesihatan mental semasa pembelajaran dalam talian, pelajar akan dapat mengurangkan tekanan dan meneruskan pembelajaran dengan berjaya.

 

~Sarah Lynn ~

Tarikh Input: 06/07/2021 | Kemaskini: 24/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDdIAq~