» EKSA » Budaya Kreatif & Inovatif | Penjimatan Sumber & Go Green
Budaya Kreatif & Inovatif | Penjimatan Sumber & Go Green
Sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh budaya kreatif dan inovatif di Bahagian Kaunseling UPM, beberapa projek utama telah dilaksanakan untuk menyokong penjimatan sumber serta inisiatif 'Go Green'. Antaranya ialah projek 'Go Green' yang bertujuan mengurangkan penggunaan sumber dan meningkatkan kesedaran alam sekitar, naik taraf ruang 'pantry' bagi menyediakan kemudahan yang lebih efisien dan mesra pengguna, serta penambabaikan ruang menunggu READ@UNI yang direka khusus untuk mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif bagi warga universiti. Kesemua projek ini mencerminkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kualiti persekitaran kerja sambil mengekalkan prinsip kelestarian dan inovasi.