Aku Dalam Dilema | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Aku Dalam Dilema

Aku Dalam Dilema

Oleh : Pn. Anis Akmilah Mat Hassan

 

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, aku termenung di bucu katil. Memikirkan bagaimana kehidupanku pada masa akan datang. Boleh ke aku bekerja dalam bidang yang aku pilih sekarang ni, atau pun aku hanya tinggal di kampung bersama-sama ibu bapa.. Ugh… parah aku ! Apabila mengingatkan markah ujian Statistik semalam. ‘Boleh ke aku grad tahun ni? Macam mana aku nak naikkan CGPA ni. Mana keyakinan aku yang dulu?. Aku seorang yang nekad menetapkan matlamat tapi sekarang?’ Lagi sekali, tiba-tiba Malihah menerjah ke bilik, marah-marah dan menghempas kuat beg kesayangannya ke lantai. Aku yang sedikit terkejut, terus bersuara ‘Kenapa Malihah?’. Malihah memandang tajam pada ku seraya berkata ‘kau tak tahu pape, ko diam’. ‘Lah, tetiba ja nih, keluar pagi tadi elok je’, getus hati kecilku. Serba salah pula, sama ada nak pujuk si Malihah ni atau nak buat-buat tak tahu. Lagi-lagi dah kena ‘sound’ dengan dia. Minggu lepas, pujuk pun dia buat tak tahu juga.

 

Keesokan pagi, Malihah menegur aku. ‘Sampai hati kau kan. Aku tengah sedih semalam, kau buat tak tahu ja’. Aku terpinga-pinga sambal bawa air panas dari pantri. Baru teringat nak buat air Milo. Tak mampu nak ucap apa-apa. ‘Kalau ko dah tak suka aku kat sini, ko cakaplah.. janganlah buat macam tak nampak aku’, sambung Malihah lagi seakan-akan merajuk. ‘Aaaagh..apa lagi kali ni!’ Jerit hatiku. Aku kembali duduk di meja. Tangan ku laju menaip, menyiapkan assignment yang berbaki. Pelbagai soalan bermain di minda. ‘Kenapalah aku tak boleh nak jawab balik, mana kekuatan aku yang dulu?’.

 

Aku nekad jumpa kaunselor, pening sudah kepala ni. Mana nak buat assignment, mana nak dilayan si Malihah ni, serba salah aku dibuatnya. Masuk sahaja ke bilik Kaunselor. Aku luahkan segalanya yang terbuku. Aku dalam dilema, aku merasakan aku tidak dapat menjadi diri sendiri apabila berhadapan dengan Malihah. Aku perlu buat sesuatu untuk diri aku. Dalam 1 jam aku kat bilik kaunselor. Habis sahaja sesi kaunseling, aku dah boleh senyum. Terasa seperti masalah aku di'download' oleh kaunselor satu persatu. Serius aku lega. Banyak input yang aku boleh guna untuk merencana kehidupan aku supaya aku lebih yakin dan jelas dengan matlamat hidup aku. Puncanya mudah, aku sendiri tidak faham tentang diri aku walaupun telah masuk usia 22 tahun.

 

Banyak aku pelajari tentang personaliti hasil perbincangan bersama kaunselor tempoh hari. Patutlah aku sering terasa dengan sahabat yang seorang ini. Semakin lama aku pendamkan masalah-masalah yang berlaku, semakin menjejaskan hubungan akan dengan kawan-kawan yang lain. Malah pengajian aku juga terjejas. Ya, aku nekad. Hidup ini adalah untuk dinikmati, bukan dikesali.

........................................................................

Dipetik daripada buku 170 kata-kata Mendorong Menjadi Pelajar Hebat; Rahsia Tindakan Untuk Sihat Emosi Buat Pelajar.

 

Jom kita baca apa pesanan Pn. Anis mengenai bagaimana ingin mengendali dilema yang melanda diri. 

 

Tarikh Input: 04/05/2021 | Kemaskini: 24/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDdSAx~