TIP HIDUP SIHAT DENGAN 6 AMAL SOLEH | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » TIP HIDUP SIHAT DENGAN 6 AMAL SOLEH

TIP HIDUP SIHAT DENGAN 6 AMAL SOLEH

Oleh : Dr. Mazila binti Ghazali K.B.;P.A.

  1. SOLAT

Solat mempunyai keupayaan untuk mengembangkan keperibadian dan tingkah laku yang mulia. Solat adalah penting dan berkaitan dengan kehidupan manusia. Solat mempunyai potensi untuk memberi kesan kepada kehidupan seharian kita dengan membina akhlak dan keperibadian yang mulia. Seseorang hamba mungkin dipengaruhi oleh ibadat solat untuk bertindak dengan cara yang mulia.

Apabila solat dilakukan secara konsisten, jiwa kita akan berubah dari keadaan yang buruk ke keadaan yang lebih baik. Solat mengajar seseorang untuk menjadi sabar, tenang, bersopan santun dan berlemah lembut semasa melakukan tugas solat. Amalan ini boleh mendidik dan membiasakan seseorang dengan akhlak yang baik setiap hari. Selain itu, solat meningkatkan kesihatan dan memberikan makna kepada hidup kita.

 

  1. MEMBACA AL- QURAN

Kelebihan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya dua muka surat setiap hari akan membolehkan kita menambah pengetahuan kita. Al-Quran mempunyai banyak ilmu. Kita akan mendapat manfaat jika membacanya setiap hari. Al-Quran boleh menyelesaikan banyak masalah hidup. Saya yakin bahawa membaca Al-Quran akan membuat perubahan dalam hidup anda. Antaranya  lebih tenang dan sihat. Dengan mata yang lebih tajam, penglihatannya lebih tajam, degupan jantung yang lebih hidup dan kesempatan untuk menikmati setiap nadi sepenuhnya. Selain itu, mengamalkan secara konsisten meningkatkan kebahagiaan kita dan memperbaiki akhlak kita.

Al-Quran adalah kalam Allah. Seseorang boleh mendekatkan diri dengan penciptanya dengan membacanya, yang dianggap sebagai ibadah. Al-Quran akan membantu pembacanya di hari akhirat dengan melepaskan mereka daripada kesusahan dan kesengsaraan.

 

  1. IKTIKAF

Orang yang beriktikaf akan mendapat pahala yang berterusan selama mereka duduk dalam masjid dan mendapat rahmat Allah. Ini berlaku walaupun mereka sengaja tidur untuk beriktikaf. Disebutkan oleh Imam Al-Bukhari:

Menurut Abi Hurairah Radiallahu-Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Apabila seseorang itu sudah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya."

Para malaikat memohon ampun untuknya jika dia beriktikaf dalam masjid (dengan wudhu) selepas sembahyang. Dan dia akan mendapat pahala sepanjang masa selagi dia menunggu sembahyang di masjid.

 

  1. BERWUDUK

Berwuduk dan menjaga wuduk memiliki banyak kelebihan. Antaranya berwuduk adalah sebahagian daripada iman. Dosa-Dosa Diampuni oleh Allah SWT. Keutamaan menjaga wuduk yang paling utama adalah karana wuduk dapat menghapus dosa-dosa seorang muslim. Dalam sebuah hadis disebutkan, dengan menyempurnakan wuduk maka dosa-dosa seakan keluar dari bawah kuku kita luntur bersama dengan air yang mengalir.

Diberi balasan syurga oleh Allah SWT bagi mereka yang sentiasa menjaga wuduk. Menjaga wuduk juga menjadikan tubuh sentiasa sihat dan berada dalam keadaan suci. Seorang muslim yang menjaga wuduknya, menyempurnakannya, dan memperbanyak amalnya, akan menjadi ahli iman pada hari kiamat kelak, dan wajah sentiasa bercahaya.

 

  1. BERSEDEKAH

Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.  

Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى

Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)

 

  1. BERSILATURAHIM

Antara kelebihan orang yang menyambung silaturahim ialah menyebabkan dirinya masuk dalam syurga Allah. Kelebihan ini terdapat dalam sebuah hadis bagaimana seorang lelaki Badawi bertanyakan kepada Baginda Rasulullah mengenai amalan yang dapat mendekatkan diri ke syurga dan menjauhkan dari neraka Allah. Islam sangat menuntut persaudaraan dan pertalian silaturahim sesama umatnya. Dalam beberapa hadis, turut ditegaskan bahawa sesiapa yang memutuskan tali silaturahim, tidak akan memasuki syurga.

Allah s.w.t sangat menyayangi dan memuji umatnya yang menyambung tali silaturrahim. Sesungguhnya begitu mulia hamba-Nya yang mendapatkan pujian dan sanjungan dari Allah s.w.t, dan sungguh celaka bagi hamba yang mendapatkan cercaan dari-Nya.

Tarikh Input: 24/03/2025 | Kemaskini: 24/03/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (10:29:23am-10:34:23am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]