Perkongsian Kaunselor Berkaitan Modul Bimbingan Akademik Untuk Program UPM OUTREACH | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» NEWS » Perkongsian Kaunselor Berkaitan Modul Bimbingan Akademik untuk Program UPM OUTREACH

Perkongsian Kaunselor Berkaitan Modul Bimbingan Akademik untuk Program UPM OUTREACH

Kolej Sebelas UPM – 16 April 2019 – Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada MTM Kolej 10 dan 11 telah menyertai sesi perkongsian bersama Puan Izwana Ismail berkaitan Modul Bimbingan Akademik. Perkongsian ini rentetan daripada program yang akan dianjurkan oleh pelajar di sebuah sekolah yang terpilih. Sasaran peserta kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan modul yang disampaikan lebih fokus kepada pengurusan diri dan strategi untuk menghadapi peperiksaan. Pada malam itu juga, pelajar membuat pembentangan berkaitan modul yang telah dipilih hasil bimbingan daripada Puan Izwana, kaunselor BKUPM.

Date of Input: 21/05/2019 | Updated: 21/05/2019 | azurani

MEDIA SHARING

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEbHA6~