EMOSI OVERLOAD: MENGAPA SESEORANG MUDAH MELETUP? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» AKTIVITI » EMOSI OVERLOAD: MENGAPA SESEORANG MUDAH MELETUP?

AKTIVITI

Tajuk Acara
EMOSI OVERLOAD: MENGAPA SESEORANG MUDAH MELETUP?
Tarikh
28 Jul 2026 - 28 Jul 2026
Masa
12.00 - 01.00
Lokasi
Facebook Bahagian Kaunseling UPM
Ringkasan Acara
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

🎙️🌹 CIT CAT PUTRA FM 907 BERSAMA KAUNSELOR SIRI 6/2026

🔥🥰 TOPIK : EMOSI OVERLOAD: MENGAPA SESEORANG MUDAH MELETUP?

Menampilkan :

🌷 Puan Kemelia binti Omar
Pegawai Psikologi, Bahagian Kaunseling UPM

✅ Bersama DJ Putra FM 90.7 yang akan mengemudi sesi perkongsian.

Jom ikuti kupasan~~

🎯 Apakah yang dimaksudkan dengan Emosi Overload dari perspektif psikologi?

🎯 Mengapakah seseorang yang biasanya penyabar boleh tiba-tiba menjadi cepat marah atau mudah meletup?

🎯 Adakah kemarahan merupakan punca masalah, atau sekadar petanda bahawa ada sesuatu yang sedang membebankan diri?

🎯 Apakah yang berlaku kepada minda dan emosi apabila seseorang terlalu marah sehingga hilang kawalan?

🎯 Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan seseorang sedang mengalami Emosi Overload?

🎯 Mengapakah orang yang paling kita sayang sering menjadi tempat kita melepaskan kemarahan?

🎯 Apakah langkah pertama yang boleh dilakukan apabila kita menyedari emosi mula menjadi tidak terkawal?

🎯 Benarkah teknik pernafasan dan grounding dapat membantu mengawal emosi yang sedang memuncak?

🎯 Apakah teknik mudah yang boleh diamalkan setiap hari untuk mengurus emosi dengan lebih sihat?

Dan banyak lagi...

📻 Jangan lepaskan peluang mengikuti siaran selama 1 jam penuh di Putra FM 90.7 pada 28 Julai 2026 (Selasa), 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang. Kupasan yang santai, padat dengan ilmu dan dekat dengan realiti kehidupan ini akan membantu anda memahami punca seseorang mudah hilang kawalan emosi serta mempelajari teknik-teknik mudah untuk mengurus emosi dengan lebih berkesan. Jangan ketinggalan!

JOM DENGAR‼️

✅ Live FB BKUPM

✅ Live FB Putra FM

✅ FM 90.7 MHz (Sekitar Lembah Klang)

✅ Interaktif Penstriman Langsung di www.putrafm.upm.edu.my

#kongsidiradio #CitCatPutraFMBersamaKaunselor #EmosiOverload #KesihatanMental #PengurusanEmosi #BahagianKaunselingUPM #PutraFM #KesejahteraanPsikologi #MentalHealthAwareness

Kemaskini:: 27/07/2026 [ayna]

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (07:10:31pm-07:15:31pm, 29 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]