WRITE UP STORY : BANGKIT DARIPADA KEKECEWAAN | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» AKTIVITI » WRITE UP STORY : BANGKIT DARIPADA KEKECEWAAN

AKTIVITI

Tajuk Acara
WRITE UP STORY : BANGKIT DARIPADA KEKECEWAAN
Tarikh
07 Feb 2024 - 30 Aug 2024
Masa
08.00 - 05.00
Lokasi
Bahagian Kaunseling UPM
Ringkasan Acara
SYARAT PENYERTAAN PROGRAM WRITE UP STORY

TULISKAN KISAH ANDA

Menulis adalah salah satu kemahiran kepintaran yang mampu menjana kekuatan minda. Oleh itu, Bahagian Kaunseling UPM sekali lagi membuka peluang kepada warga upm, pelajar dan pekerja untuk meluahkan pengalaman sendiri serta artikel yang berkaitan dengan tema yang telah diberikan.

Syarat dan Limitasi
1. Bahagian Kaunseling UPM mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak penulisan saya seperti yang dinyatakan dalam terma & syarat yang diberikan.

2. Tidak menyentuh mana-mana sensitiviti agama, kaum serta isu-isu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri anda, keluarga dan universiti.

3. Karya adalah asli dan bukan diciplak.

Kriteria Penulisan
1. Penulisan cerpen mestilah sekurang- kurangnya 500-900 patah perkataan.
2. Penulisan puisi mestilah sekurang- kurangnya 100-200 patah perkataan.
3. Menggunakan tulisan Tahoma, saiz 11.
4. Boleh ditulis dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris

5. Setiap karya yang dihantar haruslah dalam format Microsoft WORD/ JPEG. Corak latar belakang dan kreativiti adalah mengikut citarasa penulis.
6. Seorang penulis hanya boleh menghantar 1 karya sahaja.
Tarikh Hantar
Setiap karya mesti dihantar pada atau sebelum 30 Ogos 2024 (Jumaat) melalui pautan https://bit.ly/hantarwriteupstory24 atau imbas qr kod ini


Hadiah
Setiap penulis akan menerima e-sijil penyertaan. Manakala penulisan yang terpilih akan menerima Hadiah Khas daripada Bahagian Kaunseling UPM serta karya tersebut akan diterbitkan melalui e-buku yang berdaftar ISBN.

** Hubungi urusetia untuk sebarang persoalan di talian 03-9769 2085 atau Whatsapp Waktu Pejabat
Sahaja 019-8474641 (Pn. Anis Akmilah bt. Mat Hassan)

Kemaskini:: 07/02/2024 [anis_akmil]

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcHAo~