KEMAHIRAN MENGATASI KRISIS RUMAH TANGGA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » KEMAHIRAN MENGATASI KRISIS RUMAH TANGGA

KEMAHIRAN MENGATASI KRISIS RUMAH TANGGA

Oleh : Encik Mohd Redzuan bin Zamberi K.B.;P.A.

Teknik ini antara kaedah mudah yang terbaik untuk diamalkan bagi mengatasi krisis rumah tangga. Teknik ini dinamakan “Power of Sixty-Nine”. Semasa pasangan menghadapi konflik, mereka melihat isu dalam dua dimensi berbeza. Satu dimensi adalah dalam bentuk nombor enam. Satu dimensi lagi dilihat dalam nombor Sembilan. Semasa krisis berlaku, Suami melihat isu dalam dimensi nombor 6, manakala isteri melihat dimensi nombor 9. Akhirnya keduanya menegakkan dimensi masing-masing dengan merasakan mereka betul, pasangan mereka salah.

Aplikasi Teknik ini adalah :

Teknik 1 : Suami melihat dari sisi dimensi isteri untuk melihat nombor tang dilihat oleh isteri. Caranya dengan bertanya fikiran dan perasaan isteri terhadap isu. Misalnya isteri melihat isu suami balik lewat adalah perbuatan sengaja untuk elak tanggungjawab keluarga dan suka melepak dengan rakan pejabat. Suami sekadar dengar dan fahami luahan isteri tanpa menjelaskan apa-apa.

Teknik ke-2 : Giliran isteri pula melihat dimensi nombor 9 suami. Suami jelaskan dengan jujur kenapa dia balik lewat ke rumah tanpa isteri buat bantahan atau berdebat. Isteri perlu hormat giliran suami menjelaskan isu tanpa krisis.

Teknik ke-3 : Keduanya mula faham dan mengerti ada sebab kenapa pasangan tidak puas hati situasi isu balik lewat ini. Suami memahami isteri menunggu lama untuk bersama suami. Manakala isteri lebih faham bukan isu sengaja lepak di pejabat hingga balik lewat tetapi isu kerja yang tidak pernah habis dan suami yang tidak tahu menolak kerja dengan tegas. Tahap ini cuba berbincang untuk bantu membantu untuk elok isu terjadi lagi.

Teknik ke-4 : Make a Deal “Win-Win Situation”. Tahap ini pasangan akan cuba daya memperbaiki dan menilai sejauh mana kejayaan idea bersama agar suami dapat pulang awal dan isteri tidak membebel hingga berkata kasar. 

Teruskan tahap ke-4 hingga berjaya agar keduanya melihat satu dimensi sahaja iaitu sebuah keluarga yang bantu membantu.

Tarikh Input: 30/05/2025 | Kemaskini: 31/05/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (12:16:46am-12:21:46am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]