3 Perkara Mensejahterakan Minda | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 3 Perkara Mensejahterakan Minda

3 Perkara Mensejahterakan Minda

Oleh : En. Hanif Abdullah Hashim

Pernah tak anda terfikir. Seringkali anda berada dalam keadaan emosi tidak selesa, penat dan gelisah. Apabila disemak hampir setiap keperluan adalah mencukupi. Namun masih juga seakan-akan sesuatu yang tidak kena dengan diri. Prof. Haslee Shahril Lim Abdullah dalam Syarahan Perdana Profesor di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai menggariskan tiga elemen penting dalam mencapai kesejahteraan emosi dan minda. Antara ringkasan kepada 3 perkara tersebut adalah seperti berikut :

1) Penerimaan (Acceptance) – banyak peristiwa, kejadian, berita dan sebagainya telah dilalui dalam hidup seseorang. Kadangkala terdapat dari kenyataan dari peristiwa tersebut tidak dapat diterima sepenuhnya. Minda masih memikirkannya secara sedar atau tidak dan berterusan dalam keadaan penafian dan menyalahkan. Akibatnya pengalaman tersebut masih membelenggu pemikiran dan memicu emosi negatif berterusan.

2) Forgiveness (Memaafkan)- memaafkan adalah satu perkara yang mudah disebut tetapi sukar dilakukan sepenuh jiwa. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara yang syarat signifikan dalam diri seseorang. Namun hakikatnya dengan memaafkan, merelakan dengan ikhlas dan reda akan apa yang telah berlaku dapat memberikan ketenangan dalam minda seseorang. Dengan memaafkan diri sendiri dan orang lain, individu memberi ruang kepada dirinya untuk bangkit dan maju kehadapan dengan belajar dari pengalaman.

3) Mensyukuri (Gratitude) – Kumpulan Nasyid Raihan dalam lirik lagunya Antara 2 Cinta ada menyebut “ apa yang ada tiada tidak sisyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan,”. Memang benar dengan menyedari dan memperakui akan kelebihan pada diri sendiri akan membuatkan seseorang lebih tenang dan berlapang dada. Disamping cuba mencapai matlamat dengan menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya sekarang.

Tarikh Input: 20/12/2022 | Kemaskini: 20/12/2022 | azurani

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEbXAE~