Oleh : Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan K.B.;P.A.

Setiap individu mempunyai waktu aktif yang berbeza mengikut jenis personaliti anda. Ada yang berpersonaliti ‘morning person’ yang mana mereka lebih menghargai aura dan semangat yang dimiliki pada awal pagi. Manakala individu yang berpersonaliti ‘night owls’ lebih menghargai waktu malam oleh kerana ketenangan dan suasana yang dirasai yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas.
Pemahaman mengenai personaliti ‘morning person’ atau ‘night owls’ ini dapat membantu anda memahami waktu paling produktif yang mana tempoh masa ini anda dapat digunakan dengan sebaiknya. Contohnya, seseorang yang ingin belajar suatu perkara baharu, pemilihan masa yang bersesuaian dapat membantu beliau menguasai ilmu tersebut dengan cepat dan berkesan. Mari kita lihat tiga tanda yang dapat menggambarkan personaliti ‘morning person’ (MP) atau pun ‘night owls’ (NO).
Personaliti
Dari sudut personaliti, MP bersifat lebih tegas, berfikiran logik, bersikap introvert dan mampu mengawal diri. Berbeza dengan personaliti NO yang lebih kreatif, gemar mengambil risiko, sukakan kebebasan dan bersifat impulsif.
Produktiviti
MP lebih lebih produktif pada waktu pagi. Mereka bergerak aktif dan bertenaga untuk bekerja lebih baik berbanding masa yang lain. Manakala, PO lebih produktif pada waktu malam. Mereka lebih tenang dan selesa dengan suasana malam yang sejuk dan sunyi untuk meneroka idea-idea baharu.
Gaya Hidup
Bagi MP yang menghargai waktu pagi, permulaan hari mereka bermula seawal pagi dengan memulakan rutin harian. Biasanya waktu malam, MP akan menggunakan masa ini untuk berehat. Berbanding NO, rutin aktiviti mereka bermula sedikit lewat dan mereka sangat pasif pada waktu pagi. Rutin mereka biasanya bermula pada waktu petang sehingga lewat malam.
Secara keseluruhannya, menjadi MP atau NO tidak menentukan anda adalah yang terbaik. Namun, apa yang paling penting adalah cara anda menjaga kesihatan diri. Kronotaip dan gaya hidup sihat akan membantu seseorang menjadi individu yang lebih berkeyakinan. Kronotaip bermaksud perbezaan waktu tidur bagi seseorang dalam seharian (Adan et al., 2012). Dengan kata lain, MP cenderung untuk bangkit lebih awal dan tidur awal manakala, NO akan aktif sedikit lewat dan cenderung untuk tidur lewat malam.
Tarikh Input: 28/12/2024 | Kemaskini: 28/12/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia