4 Rutin Untuk Mengawal Kebimbangan (Anxiety) | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 4 Rutin Untuk Mengawal Kebimbangan (Anxiety)

4 Rutin Untuk Mengawal Kebimbangan (Anxiety)

Oleh : En. Hanif Abdullah Hashim

  1. Senaman – senaman adalah satu aktiviti yang terbukti dapat menambahbaik kesihatan individu sama ada secara fizikal mahu pun mental. melalui senaman individu dapat meransang pengeluaran enzim endorphin dan tindak balas kimia neuro yang memicu kepada emosi gembira (positif). Senaman juga terbukti dapat mengeluarkan individu dari pusingan pemikiran yang merisaukan (pemikiran individu dengan kebimbangan berkecenderungan untuk berlebih-lebihan dan menakutkan diri sendiri), namun apabila bersenam kepenatan dan kelelahan fizikal dapat menguasai pemikiran mengatasi pemikiran yang menakutkan.
  2. Tetapkan waktu tidur – pastikan anda mempunyai satu waktu tidur yang konsisten setiap hari. Usah lengah-lengahkan waktu tidur dengan perkara yang tidak penting. Tidur mencukupi dapat memastikan fizikal dan minda (otak) mendapat rehat yang cukup.
  3. Amalan spiritual – Amalan spiritual seperti mengerjakan solat, berdoa, berzikir dan sebagaiya terbukti antara cara yang ampuh dalam mengawal kebimbangan. Amalan spiritual ini memberikan isyarat kepada minda untuk bertenang dan memberikan harapan kepada diri sendiri.
  4. Elakan tekanan yang berterusan – memaksa diri untuk terus berada dalam persekitaran yang memberikan tekanan berterusan, di samping dalam jaringan yang toksik menyebabkan kebimbangan tidak dapat dikawal dengan berkesan. Sekiranya didapati diri berada dalam situasi tekanan berterusan, lihat dari perpektif yang berbeza untuk mengatasi tekanan tersebut.

Tarikh Input: 20/12/2022 | Kemaskini: 20/12/2022 | azurani

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcBAp~