4 SOLUSI PENYELESAIAN MASALAH | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 4 SOLUSI PENYELESAIAN MASALAH

4 SOLUSI PENYELESAIAN MASALAH

Oleh : Puan Izwana binti Ismail K.B.;P.A.

Kata orang, hidup tak lari dari masalah. Ada orang yang mengakui dia sentiasa berdepan dengan masalah. Anda perlu ada tindakan, barulah ia berkesan. Lantaran itu, saya ingin kongsikan tip yang boleh anda ambil apabila berdepan dengan masalah seperti berikut;

1.Mengetahui Bahawa Masalah Bersifat Sementara

Tidak ada masalah yang kekal selamanya. Masalah adalah ibarat penyakit. Anda Cuma perlu cari ubat yang tepat untuk menyembuhkan penyakit anda. Dan bila dah dapat ubat, sakit pun sembuh. Setiap masalah juga ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting, cari jalan. 

2. Jelas dengan Masalah yang Berlaku

Benarkah itu masalah? Cuba tuliskan. Kalau anda tak mampu tuliskan perkara itu, maka ia bukan masalah. Ia cuma perasaan. Kawal perasaan anda dengan baik. Jika ia masalah, luangkan masa untuk anda fikirkan apakah punca masalah dan penyebabnya. Bercakaplah kepada orang yang anda percayai, dan kenal pasti punca masalah anda.

3. Mula Fikirkan Penyelesaian

Seringkali anda dengar, bila berhadapan dengan masalah, fokuskan kepada penyelesaian. Apabila anda dah dapat jumpa puncanya, cari penyelesaian dan ubat yang sesuai seterusnya aplikasikan dalam masalah anda. Anda mungkin memerlukan cubaan berkali-kali untuk mencari penyelesaian yang tepat.

4.Bersikap Positif dan Bersangka Baik

Kekalkan rasa baik dalam hati anda. Maka emosi anda akan stabil. Emosi yang stabil akan menggalakkan perlakuan yang baik. Sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif. InsyaALLAH, masalah anda akan dapat ditangani dengan baik

Tidak ada masalah yang muncul tanpa solusi dan jalan penyelesaian. Seperti halnya tidak ada penyakit tanpa ubat. Fahami dulu faktor kepada punca penyebab masalah tersebut sebelum mulai mencari cara mengatasi masalah. Memahami sumber masalah dengan lebih mendalam, akan membantu anda menemukan solusi yang paling terbaik. Buka fikiran anda dengan baik, maka solusi akan datang dengan sendirinya.

Tarikh Input: 30/01/2025 | Kemaskini: 30/01/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
S, (05:57:29pm-06:02:29pm, 25 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]