Oleh : Encik Haniff bin Abdullah Hashim K.B.;P.A.

Tidak semua manusia dilahirkan bernasib baik, lahir dalam keluarga yang kondusif dan menyokong perkembangan ahli keluarga antara satu sama lain. banyak juga kes di mana keluarga yang pada asalnya sangat bahagia, mendokong dan kondusif bertukar menjadi keluarga yang toksik akibat dari perceraian, kehilangan pekerjaan dan campur tangan pihak luar. Sekiranya anda berada dalam lingkungan toksik berikut adalah beberapa tip untuk anda.
1) Kenalpasti matlamat/erti hidup
Apabila tinggal dalam keluarga toksik. setiap ahli dalam keluarga tersebut cenderung mempunyai pemikiran negatif. Mereka terkongkong dengan pemikiran seperti hanya satu atau dua bidang sahaja, adalah berjaya. sekiranya menceburi bidang lain akan dikira gagal. seorang anak lebih baik dari seorang yang lain. hanya satu tret tindakan atau tingkahlaku sahaja yang betul, selain itu adalah salah. jadi untuk keluar dari kongkongan seperti ini perlulah kuat. Perkara pertama yang perlu dibuat, adalah kenal pasti matlamat yang ingin dicapainya dalam kehidupan.
2) Rancang tindakan ke arah pencapaian matlamat
langkah seterusnya adalah dengan bagi mencapai matlamat perlulah pelan ada pelan tindakan. rancangan sebaiknya apa yang anda ingin lakukan. sekiranya perlu keluar dari persekitaran toksik tersebut, ambil kira kekangan dan limitasi. usah ambil keputusan terburu-buru sebaliknya analisa setiap kebaikan dan keburukan tindakan tersebut. Setiap keputusan pasti mempunyai risiko tersendiri, pilihlah keputusan yang paling rendah kadar risikonya, sebaliknya memberikan kebaikan yang lebih tinggi pada anda pada masa akan datang.
3) Meletakkan sempadan emosi/pemikiran
juga terjadi dalam banyak kes apabila berada dalam keluarga toksik. Individu sering mengadu tidak tahan dengan bebelan, rungutan, tindakan-tindakan yang tidak digemari. walau pun perkara tersebut bukanlah dituju terus kepada individu tersebut, sebaliknya hanya sekadar rungutan atau kepada orang lain. Pada peringkat ini, cuba latih diri anda untuk tidak meletakkan emosi dalam semua perkara. Sekiranya yang dimarahi adalah orang lain, cuba alihkan pemikiran anda kepada perkara lai. Anda juga boleh meletakkan emosi yang kuat apabila ada di dalam kalangan tidak menggalakkan atau memberi sokongan kepada anda. Apa yang penting adalah melindungi emosi dan pemikiran dari perkara toksik tersebut. Seterusnya kembali fokus kepada tingkahlaku untuk mencapai matlamat seperti mana yang telah anda tetapkan sebelum ini.
4) Nikmati kehidupan dengan seadanya
Akhirnya adalah mengenai mindfulness. Walau di mana sekali pun persekitaran anda berada. Anda layak untuk menikmati hidup ini seadanya. kerap kali persekitaran menarik pemikiran anda untuk selau runsing, resah, bimbang dan duduk dalam kemurungan yang berpanjangan. Ambil masa untuk menikmati perkara-perkara yang berada disekeliling anda. Tiga konsep utama dalam menikmati kehidupan adalah dengan menerima, memaafkan dan mensyukuri setiap apa yang ada pada diri anda sekarang. Seringkali apabila memikirkan tentang tindakan-tindakan toksik ahli keluarga, menyebabkan anda lupa bahawa di sekeliling anda mempunyai seribu satu perkara yang anda perlu syukuri dan boleh menjadi kepada keluarga yang toksik.
Tarikh Input: 24/06/2025 | Kemaskini: 24/06/2025 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia