5 Tip Atas Stres | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 5 Tip Atas Stres

5 Tip Atas Stres

Oleh : Noorihayatti Noorudin K.B,P.A

5 tip yang boleh kita lakukan untuk mengatasi stres ;

1. Teknik Pernafasan
Teknik pernafasan mampu memberi signal kepada autonomic nervous system untuk memperlahankan dan menenangkan degup jantung kita dan secara tidak langsung mengawal isyarat panic signal kepada diri kita.
Antara Teknik pernafasan yang boleh digunakan ialah teknik Box Breathing. Teknik ini adalah satu teknik yang diamalkan oleh Navy Seal. Teknik ini menggunakan empat kiraan iaitu empat kiraan semasa menarik nafas, empat kiraan semasa menahan nafas, empat kiraan semasa menghembuskan nafas dan empat kiraan semasa menahan nafas. Lakukan teknik ini berulang kali sehingga pernafasan kita kembali tenang.

2. Bersenam
Cuba lakukan aktiviti bersenam setiap hari seperti berjalan kaki, berlari, berjoging atau lain-lain yang bersesuaian dengan diri kita. Melalui senaman dapat membantu mengurangkan stres, cemas serta meningkatkan ketenangan hati dan kepercayaan diri.

Selain bersenam, kita juga boleh lakukan meditasi atau relaksasi. Meditasi atau relaksasi dapat membantu menenangkan fikiran. Cuba amalkan meditasi atau relaksasi setiap hari selama beberapa minit untuk mendapatkan perubahan pada diri kita.

3. Bersosial
Bersosial atau berinteraksi dengan orang lain sangat penting untuk kita berkongsi atau meluahkan perasaan yang sedang kita alami. Berinteraksilah dengan teman atau keluarga kita apabila perlu.

Di samping itu, interaksi sosial dapat membantu meningkatkan sokongan sosial seperti sokongan emosional yang dapat membantu mengatasi stres serta meningkatkan kesihatan fizikal dan pengembangan diri.

4. Tidur yang mencukupi
Tidur adalah proses istirahat yang sangat penting untuk kesihatan tubuh manusia. Tidur membenarkan organ manusia berehat selepas melakukan pelbagai kerja di siang hari. Oleh itu, kita memerlukan waktu tidur secukupnya untuk mengembalikan stamina dan fungsi tubuh dan memberikan peluang untuk tubuh memperbaiki dan mempersiapkan diri menjalani aktiviti pada keesokan harinya.
Kita digalakkan tidur sekurang-kurangnya tujuh (7) hingga ke lapan (8) jam sehari untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Sekiranya anda mengalami gangguan tidur, anda disyorkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

5. Jumpa Kaunselor
Kita digalakkan untuk berjumpa dengan Kaunselor bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Menerusi sesi kaunseling kita akan berkongsi permasalahan yang dihadapi seterusnya dapat membantu mengurangkan stres.
Kaunselor dapat membantu kita mengenalpasti punca stres dan membantu kita memahami bagaimana stres mempengaruhi hidup kita. Kaunselor dapat memberikan sokongan emosional dan membantu kita merasa didengari dan difahami serta meningkatkan kesejahteraan kita secara keseluruhan.

 

Tarikh Input: 28/02/2024 | Kemaskini: 28/02/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEbTAQ~