5 Tip Kekal Positif | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 5 Tip Kekal Positif

5 Tip Kekal Positif

Oleh : Noorihayatti Noorudin K.B,P.A

1. Bersyukur
Pernahkah kita melihat seseorang yang bersyukur asyik merungut atau merasa tidak puas hati dengan apa yang dimiliki atau berlaku dalam hidupnya? Pasti tidak pernah, bukan? Inilah hikmah bersyukur kerana rasa bersyukur mampu memimpin kita untuk merasa cukup dan menghargai nikmat yang dimiliki.

2. Cipta Rutin
Apabila kita sudah mula mensyukuri kehidupan yang dilalui, hidup kita akan menjadi lebih positif. Namun, hidup kita akan lebih positif apabila kita uruskan kehidupan dengan rutin yang juga positif. Rutin positif boleh dimulakan seawal pagi seperti mencium insan tersayang, solat berjemaah bersama keluarga, bersarapan bersama dan dikelilingi oleh rakan-rakan sekerja yang positif.

3. Berinteraksi Dengan Orang Positif
Berinteraksi dengan orang yang positif dan optimis juga dapat membantu kita untuk kekal positif. Namun, semua ini dapat dilakukan sekiranya kita duduk dan bergaul dengan orang yang positif juga. Oleh itu, pilihlah rakan atau kelompok yang positif kerana bak kata ilmuwan, apabila kita bergaul dengan penjual wangian, tempias bau wangian turut ‘melekat’ pada diri kita.

4. Memiliki Tujuan Hidup
Setiap kejadian insan di muka bumi ini mempunyai peranan yang perlu dijalankan untuk kebaikan dunia. Kita mampu meninggalkan legasi yang baik andai kita mempunyai matlamat yang baik dan jelas untuk diwarisi oleh generasi yang seterusnya. Penetapan tujuan dan sasaran yang jelas, akan memudahkan setiap tindakan yang kita ingin lakukan.

5. Bantu Orang Lain
Membantu orang lain adalah satu usaha yang bukan sahaja dapat meringankan beban orang yang dibantu, malah dapat membantu diri kita untuk lebih bersyukur dan membuka ruang refleksi bahawa hidup ini adalah meraikan orang di sekeliling kita. Menariknya, hidup kita juga akan lebih indah kerana setiap urusan dipermudahkan, kebaikan dibalas dengan kebaikan.

Semoga tip ini membantu dalam memastikan perjalanan hidup kita sentiasa positif!

 

Tarikh Input: 28/02/2024 | Kemaskini: 28/02/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEbQAY~