6 Kaedah Untuk Fokus Di Dalam Matlamat | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 6 Kaedah Untuk Fokus Di Dalam Matlamat

6 Kaedah Untuk Fokus Di Dalam Matlamat

Oleh: Kamariah binti Derasol K.B,P.A

Matlamat dalam kehidupan adalah penting, seumpama kompas yang memandu pelayar mengharungi samudera yang luas. Sehubungan itu, adalah disarankan setiap dari kita mempunyai matlamat hidup sendiri. Matlamat kehidupan terdiri dari matlamat jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat hidup, tidak terkecuali wujud cabaran untuk kekal fokus agar matlamat dapat dicapai dengan jayanya. Berikut dikongsikan 6 kaedah untuk membolehkan kita fokus di dalam matlamat kehidupan, akademik, kerjaya mahupun pembangunan diri.

1. Sediakan jurnal untuk memantau perkembangan diri dan pencapaian .
Tuliskan matlamat dan apakah usaha harian yang dilakukan untuk mencapainya.
Dengan menulis, menambah kesedaran diri terhadap tingkahlaku yang dilakukan sama ada mendekati matlamat, mahupun menjauhi matlamat yang ingin dicapai.

2. Gunakan ‘tools’ yang sesuai
Untuk fokus dalam matlamat yang ingin dicapai, perlukan peralatan, pengukuran dan piawaian agar apa yang diusahakan dapat dinilai. Peralatan juga dapat digunakan untuk mempercepatkan proses mencapai matlamat. Contohnya, untuk mencapai matlamat menguruskan berat badan, ‘tools’ yang sesuai termasuklah alat penimbang, peralatan senaman, aplikasi mengawal diet dan sebagainya.

3. Dapatkan rakan akauntabiliti (yang mempunyai matlamat yang sama)
Rakan akauntabiliti bermaksud seseorang yang boleh mendorong, menggesa bersama-sama dalam proses mencapai sesuatu matlamat. Kehadirannya dapat membantu fokus dan mengingatkan sasaran yang ingin dicapai.

4. Bekerja dalam disiplin masa
Fokus dapat dibina apabila melakukan aktiviti dalam tempoh masa pendek tanpa gangguan. Dalam tempoh masa ini, elakkan gangguan dalam bentuk gajet, komunikasi yang tidak perlu, dengan matlamat yang realistik untuk dicapai.

5. Jadikan ia menarik
Matlamat yang ingin dicapai akan menjadi dorongan kuat dalam hidup jika ianya membawa makna yang mendalam kepada individu.

6. Hargai setiap pencapaian
Berikanlah diri sendiri hadiah dan ganjaran setelah matlamat kecil atau besar tercapai. Ganjaran, hadiah dan sebagainya tidak perlu terlalu mewah, mengikut kemampuan dan keadaan. Ianya memberikan kepuasan dan keinginan untuk berusaha lebih gigih lagi.

 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcGA0~