Aku & Pilihan Kerjaya | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Aku & Pilihan Kerjaya

Aku & Pilihan Kerjaya

Oleh : Pn. Noorihayatti Noorudin

 

Mahukah anda hidup dalam cita-cita anda? Cuba anda bayangkan, dengarkan dan rasakan, apakah perasaan anda sekiranya cita-cita yang anda impikan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Saya pasti jawapan tersebut akan membuatkan anda tersenyum lebar. Mari saya kongsikan pengalaman saya dalam membuat persediaan dan perancangan kerjaya suatu ketika dahulu.

 

Kisah ini bermula ketika saya berusia 18 tahun. Ketika itu, saya berada di Tingkatan Enam Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang. Pada masa itu saya masih mencari-cari apakah kerjaya saya selepas menamatkan alam pengajian. Terlalu banyak persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran saya.

 

Namun, bak kata pepatah melayu, ‘Bagaikan Orang Mengantuk Disorong Bantal’. Pihak sekolah saya telah menganjurkan satu program motivasi dan salah satu daripada slot tersebut terdapat aktiviti dimana saya dikehendaki membina matlamat diri dan kerjaya. Justeru, saya terus menetapkan perancangan kerjaya untuk menjadi kaunselor di salah sebuah universiti awam di negara ini.

 

Sejak daripada program itu, saya membina perancangan dan mengambil tindakan dengan melakukan persediaan diri dengan mencari maklumat dengan mengenalpasti universiti yang manakah menawarkan kursus tersebut.

 

Alhamdulillah saya telah ditawarkan untuk memasuki kursus Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Malaya. Bermula dari situ, saya terus belajar dan belajar kerana matlamat saya adalah untuk terus berjaya dan mencapai impian kerjaya saya.

 

Alhamdulillah kini saya hidup dalam kerjaya impian saya. Sehubungan itu, suka untuk kongsikan strategi 3T yang saya lakukan :

Tulis dengan spesifik

Tampal di tempat yang sering dilihat

Tindakan secara konsisten

 

Mulakan sekarang. Pilih kerjaya bukan kerja. Hal ini kerana kesesuaian antara personaliti individu dengan persekitaran akan menghasilkan kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya yang diceburi.

........................................................................

 

Dipetik daripada Buku 170 Kata-kata Mendorong menjadi Pelajar Hebat. 

Jom kita baca Tips Membina Perancangan Kerjaya daripada Puan Noorihayatti.

 

 

Tarikh Input: 14/04/2021 | Kemaskini: 24/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEdAAa~