Anda Dan Kewangan | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Anda dan Kewangan

Anda dan Kewangan

Oleh : En. Mohamad Ashaari Awab

 

Anda dan kewangan.. kata orang, duit adalah segala-galanya. Ada duit semuaaa boleh. Ada duit semua perkara jadi mudah. Ada duit semua benda dapat dibeli. Adakah anda set-uju dengan kata-kata tersebut?. Ya secara umumnya ramai yang bersetuju, namun duit bukanlah segala-galanya. Ternyata duit bukanlah satu-satunya perkara jaminan kebahagiaan. Tetapi sebenarnya yang membuatkan kita bahagia dan tenang adalah bagaimana caranya kita menguruskan kewangan.

 

Menyentuh tentang cara pengurusan kewangan, ianya terbahagi kepada beberapa kaedah utama pengurusan kewangan bagi pelajar Universiti yang umum tidak mengetahuinya. Antaranya ialah:

 

1. Mencatat Cash Flow.

Mahasiswa university secara umumnya mendapat pinjaman pelajaran, biasiswa atau elaun dari FAMA (ayah dan ibu) setiap semester. Kini terdapat beberapa aplikasi Cash Flow yang boleh didapati di Apps Store atau Google Play . Mahasiswa hanya perlu catatkan aliran keluar wang setiap hari. Secara langsung anda akan mula peka tentang status kewangan anda dan juga dapat menyemak kembali perbelanjaan atau barang yang dibeli itu benar-benar perlu atau tidak.

 

2. Beli keperluan akademik terlebih dahulu mendahului keperluan lain.

Sebagai seorang mahasiswa, keperluan akademik adalah yang paling utama. Selesaikan dahulu keperluan akademik dan simpan wang lebihan untuk keperluan lain.

 

3. Makanan

Makan adalah satu keperluan, namun makanan juga ada pelbagai jenis dan harga. Sebagai seorang mahasiswa anda harus bijak dalam berbelanja. Elakkan berbelanja untuk tujuan keperluan makanan ini ditempat-tempat yang harga makanannya terlalu tinggi seperti kedai-kedai makanan di pasaraya yang kualiti makanan dan khasiatnya sama seperti yang boleh didapati di kedai-kedai yang harganya lebih murah. Ingat, makanan itu keperluan tetapi jika anda makan mengikut trend dan nafsu, maka ia telah menjadi kehendak bukannya keperluan. Kesannya duit anda akan digunakan untuk perkara yang tidak perlu dan akan menyebabkan anda menghadapi kesukaran untuk berbelanja ke atas barang yang benar-benar anda perlukan kelak.

4. Pembelian.

Buku juga merupakan salah satu keperluan akademik yang amat penting bagi mahasiswa. Kos buku juga ada yang mahal dan mungkin membebankan mahasiswa. Namun begitu ada kaedah anda boleh berjimat dalam pembelian buku ini. Antaranya ialah beli buku daripada senior anda. Tetapi pastikan anda menyemak bahawa kandungan adalah sama seperti yang diperlukan. Elakkan membeli barangan runcit ketika anda sedang lapar. Ia akan mendorong anda untuk membeli pelbagai jenis makanan sebenarnya ketika perut anda kosong.

 

5. Jual barang yang anda tidak gunakan lagi

Terdapat banyak laman web di internet yang menyediakan ruang dan peluang untuk anda menjual barang-barang terpakai seperti Mudah.my. Ia satu perkara yang amat baik dan anda boleh gunakannya untuk menjual kembali barangan terpakai anda seperti kasut, baju, tudung dan sebagainya. Anda juga sebenarnya boleh menjual buku-buku akademik tahun sebelumnya kepada junior anda yang mengambil jurusan yang sama.

 

6. Penginapan

Sebolehnya cuba untuk terus menginap di asrama atau kolej kediaman di Universiti anda. Ia akan menjimatkan kos elektrik, internet, perabot dan lain-lain. Namun sekiranya penginapan di universiti terhad sehingga menyebabkan anda perlu menyewa di luar, cari rumah sewa yang dilengkapi perabot asas seperti mesin basuh dan peti sejuk. Dengan adanya mesin basuh, anda boleh mencuci pakaian sendiri dan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan dobi. Peti sejuk pula sangat penting untuk anda berjimat bab makanan.

 

7. Pengangkutan 

Pilih untuk berjalan kaki, menggunakan pengangkutan awam dan berbasikal. Sekiranya keluarga anda telah menyediakan kereta atau motosikal untuk anda, pilih untuk gunakan ia pada waktu yang benar-benar perlu sahaja atau anda boleh berkongsi kenderaan anda dengan rakan-rakan dengan mengenakan bayaran dan berkongsi untuk bayaran minyak. Ia sedikit sebanyak dapat membantu anda mengawal wang keluar dengan laju.

 

Dipetik daripada buku 170 Kata-kata Mendorong Menjadi Pelajar Hebat.

Jom ikuti tip yang dikongsikan penulis.

Tarikh Input: 08/02/2021 | Kemaskini: 24/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEbWAU~