Anda Tidaklah Terlalu Veteren | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Anda Tidaklah Terlalu Veteren

Anda Tidaklah Terlalu Veteren

Anda bukanlah terlalu veteren untuk memulakan perkara yang baik untuk diri anda. Ciptakan kebahagiaan buat diri sendiri bukanlah suatu perkara yang memalukan, bahkan ianya membantu kesejahteraan emosi anda. Ya, sememangnya anda tidaklah terlalu veteren untuk

1. Ubah Kebiasaan atau memulakan rutin harian yang baru atau berlainan. Ya, benar.. Pasti ada yang mengatakan anda sudah buang tabiat, tetapi adakah ianya perkara yang baik apabila anda mengubah tabiat yang buruk kepada tabiat yang lebih baik sebagai salah satu cara untuk perkembangan yang positif kepada diri anda!

2. Mencari kegemaran baru dengan mencuba apa sahaja yang ada melalui teknologi masa kini membuatkan seseorang mampu mengadaptasi peredaran zaman yang lebih baik. Ya, maklumat di hujung jari.. Adalah lebih baik meluaskan pandangan diri melalui pengalaman baharu dengan mencuba pelbagai perkara. Ya, ianya mungkin memberi kebaikan atau pun tidak tetapi tidak salah untuk mencuba!

3. Mencari hobi baru. Setiap manusia yang hidup diciptakan secara fitrahnya mempunyai perkara yang disukai dan perkara yang tidak digemari. Bahkan, setiap perkara yang disukai berkait rapat dengan pengalaman, serta pengaruh persekitaran. Seandainya dengan mengubah perkara yang anda gemari contohnya seorang pekerja makan gaji, mengubah kegemarannya ke arah dunia masakan dan menjadikannya suatu perkara yang menguntungkan dirinya. Bukankah itu perkara yang lebih baik?

 

4. Dapatkan terapi- terapi yang boleh membantu anda untuk menjadi lebih baik. Ya, di dunia ini banyak perkara yang boleh dipelajari dan boleh dicuba demi kebaikan dan kepentingan kesihatan diri. Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya anda yang bukan lagi berdarah muda untuk mencuba pelbagai pendekatan terapi dan mungkin juga mampu membantu anda menjadi lebih segar.

5. Pelajari kemahiran baru di usia veteren adalah perkara yang sukar namun bukanlah mustahil. Di mana ada kemahuan di situlah ada jalannya. mempelajari kemahiran baru yang membantu peningkatan kemahiran motor adalah perkara yang pastinya sangat digalakkan.

6. Mengubah gaya pemakaian mengikut 'trend'. Anak-anak muda seringkali dikaitkan dengan penampilan mengikut 'trend' malah golongan veteren juga tidak salah untuk mencuba. Ya, berbelanjalah untuk diri sendiri untuk mengubah gaya pemakaian sama ada mengikut trend mahu pun tidak. Penampilan seseorang mampu meningkatkan keyakinan diri yang positif. Cubalah!

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 31/08/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcEAY~