Oleh : Mohd Redzuan bin Zamberi

"Gay" merujuk pada seseorang yang tertarik secara romantis, emosional, atau seksual kepada orang lain yang berjenis kelamin sama. Biasanya, istilah ini digunakan untuk lelaki yang tertarik kepada lelaki, tetapi kadang juga digunakan secara lebih luas untuk menggambarkan individu dalam komunitas LGBTQ+.
Menurut Sejarah, dalam bahasa Inggeris, "gay" bererti "ceria," "gembira," atau "berwarna-warni." Asal-usul Kata "Gay" ialah berasal dari bahasa Inggeris Kuno dan Perancis Kuno gai, yang berarti ceria, bahagia, bebas, dan tidak terkekang. Pada Abad Pertengahan, istilah ini mulai digunakan untuk menggambarkan seseorang yang hidup bebas dan tanpa batasan moral. Sejak abad ke-19 hingga awal abad ke-20, kata gay mulai dikaitkan dengan homoseksualitas, meskipun awalnya masih digunakan secara tersembunyi. Pada tahun 1950-an dan 1960-an, gay mulai menjadi istilah yang lebih umum digunakan oleh komuniti homoseksual sebagai identiti diri.
Apakah faktor yang mempengaruhi kecelaruan seksual ini? Terdapat tiga faktor utama iaitu faktor biologi, lingkungan dan faktor semulajadi . Faktor Biologi menerangkan bahawa faktor genetik dan hormon berperanan dalam membentuk orientasi seksual seseorang. Golongan ini menyatakan, mereka dilahirkan secara fitrah mempunyai tarikan ke arah sama gender. Pengalaman sebenar seorang klien menyatakan bahawa sejak kecil, beliau suka melihat seorang pakcik jiran sebelah yang kacak sering menegurnya dan mengambil berat terhadapnya hingga membibitkan perasaan berbeza sesama gender.
Manakala faktor lingkungan, mereka telah alami satu pengalaman sosial dan budaya tertentu yang mempengaruhi cara mereka memahami dan mengekspresikan orientasi seksual mereka. Misalnya pengalaman diliwat di asrama, menyebabkan pengalaman menyakitkan itu menjadi pengalaman yang menyeronokkan hingga berlaku ketagihan orientasi seks songsang ini. Begitu juga kepada pelaku liwat yang melakukan untuk tujuan seronok atau mencuba-cuba pada awalnya di asrama lelaki, akhirnya mengubah orientasi seksual ke arah tidak normal.
Faktor ketiga ialah personaliti semula jadi. Personaliti berkait rapat dengan perlakuan tingkahlaku seseorang di mana ianya akan menentukan siapa diri kita serta cara kita bergaul dengan orang sekeliling. Beberapa golongan LGBT ini menyatakan bahawa personaliti lembut yang dimiliki mereka adalah sejak dari kecil walaupun ketika itu mereka belum mengetahui diri mereka adalah daripada golongan LGBT. Hal ini menunjukkan bahawa personaliti adalah susunan pola tingkah laku manusia yang disesuaikan dalam situasi kehidupan mereka. Disebabkan faktor ini juga sebahagian individu merasa selesa dengan label gay, sementara yang lain mungkin memilih istilah lain seperti “queer”, “People Like Us”, “PLU” atau tidak menggunakan label sama sekali. Kelompok ini semakin lama semakin ramai di peringkat sekolah menengah, di institusi pengajian tinggi dan di organisasi. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk mengenali, menambah bilangan ahli, dan berkumpul untuk beraktiviti sosial sesama mereka tanpa diketahui umum.
Dewasa kini terdapat juga dalam kalangan masyarakat khususnya orang Islam yang mengalami tarikan seks sesama gender tetapi tidak mahu tergolong dalam kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta berusaha menjalani kehidupan menepati syariat.
Justeru, golongan itu jika tidak disantuni dan dibimbing sebaiknya akan mudah menjerumuskan diri mereka dalam kelompok LGBT yang cenderung melakukan perkara bertentangan ajaran agama. Selain itu, pornografi, keluarga bermasalah, persekitaran serta masalah buli juga antara penyebab yang dikenal pasti mendorong seorang itu terjebak dalam golongan LGBT.
Di negara ini, menurut JAKIM anggota masyarakat gay direkodkan meningkat hampir 100 peratus, iaitu seramai 310,000 individu pada tahun 2018, berbanding 173,000 lima tahun sebelum itu. kebanyakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bermula sejak mereka di sekolah berasrama, terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja lelaki berusia 12 hingga 15 tahun kerana belum matang dan tak dapat membezakan jenis sentuhan ke atas mereka.
Dalam beberapa kes, mereka (kanak-kanak dan remaja lelaki) diliwat oleh pelajar senior ketika berada di sekolah berasrama, sekali gus mengakibatkan wujudnya faktor ketagihan kepada seks sejenis dan bertukar menjadi seorang gay.
Manakala, golongan transgender pula merekodkan peningkatan kepada 30,000 individu pada tahun ini, berbanding seramai 10,000 pada 1988. terdapat faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan anggota masyarakat LGBT, termasuklah kemudahan media sosial yang membolehkan perbincangan mengenainya mudah diakses golongan muda.
Ia memerlukan pengawasan ketat daripada pihak keluarga. Dulu, ibu bapa hanya runsing apabila anak bermain di luar, tetapi kini mereka lebih risau jika anak mereka hanya berkurung di dalam bilik sahaja.
Faktor lain yang turut menyumbang seperti pola penjagaan bayi, sama ada dalam keluarga yang memberi perlindungan berlebihan, kekurangan kasih sayang atau yatim piatu, selain gejala buli dan ejekan dengan jolokan ‘lembut’ atau ‘sotong’, pornografi dan persekitaran.
Walaupun golongan ini semakin meluas, pihak JAKIM telah berjaya membawa 1,450 anggota masyarakat LGBT ‘pulang ke jalan benar’ melalui program ‘mukhayyam’, selain akan terus membantu golongan terbabit dalam program dan aktiviti yang mereka anjurkan.
Menurut American Psychological Association (APA), orientasi seksual, termasuk homoseksualitas, adalah aspek alami dari keberagaman manusia, bukan gangguan atau penyakit. APA menjelaskan bahawa orientasi seksual, termasuk menjadi gay, bukanlah penyakit atau kelainan yang memerlukan rawatan sebaliknya menerima, memahami, dan menghormati hak serta identiti mereka sebagai manusia yang setara. Organisasi kesihatan global seperti American Psychological Association (APA) dan World Health Organization (WHO) secara tegas menyatakan bahwa homoseksualitas bukan gangguan mental dan tidak memerlukan "terapi" untuk mengubahnya.
Mereka yang berpegang kepada konsep APA ini pastinya golongan LGBT atau khususnya golongan Gay yang tidak mahu berubah menjadi normal, hingga yakin akan institusi perkahwinan sesama gender boleh membahagiakan mereka untuk bersama. Mereka mencipta simbol bendera pelangi secara terang-terangan di beberapa negara. Terdapat beberapa selebriti barat yang secara terbuka memberitahu diri mereka gay dan beberapa filem barat yang mempopularkan budaya gay ini secara umum.
Apapun perjuangan songsang ini ia adalah pandangan manusia yang hanya memperjuangkan perkara salah yang menyimpang dari syariat agama Islam itu sendiri. Terdapat banyak larangan keras dari ayat suci Al-Quran misalnya Surah al-Syu’ara’: 165-166, Surah al-Naml: 55, dan Surah al-Ankabut: 29.
Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan hal LGBT ini;
Sabda Nabi SAW:
Riwayat Ibn Abbas : “Sesiapa sahaja yang engkau dapati mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya”.
(Riwayat Ahmad, no. 1875)
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)”.
(Riwayat Ahmad, no. 2913)
Secara kesimpulannya umat Islam seluruhnya bersepakat bahawa hubungan seks lelaki dengan lelaki adalah dosa dan jenayah yang serius. Tetapi para ulama berbeza pendapat mengenai hukuman kepada pesalah samada dengan hukuman hudud atau ta’zir.
Tarikh Input: 26/05/2026 | Kemaskini: 26/05/2026 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia