Awas! Hubungan Platonik: Do And Dont | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Awas! Hubungan Platonik: Do and Dont

Awas! Hubungan Platonik: Do and Dont

Oleh : Puan Wan Azurani binti Wan Ahmad K.B.;P.A.

Pengertian Hubungan Platonik (Platonic Relationship)
'Platonic relationship' atau hubungan platonik adalah hubungan rapat yang terjadi di antara dua individu, tetapi tanpa ada keinginan untuk saling memiliki dan bebas dari nafsu seksual.

Terdapat tiga kategori hubungan platonik iaitu :

  1. Bromance - Hubungan erat yang dimiliki oleh dua atau lebih lelaki. Hubungan sahabat tanpa ada rasa romantis, dan seumpamanya saudara sendiri.
  2. Womance - Hubungan erat antara perempuan. Saling berkongsi perasaan dan apa jua seumpama saudara sendiri.
  3. Work Spouse - Hubungan rakan sekerja dan terjadi di pejabat. Waktu di pejabat yang panjang, menyebabkan keakraban ini terjadi, bahkan perkongsian isu bukan hanya berkait soal kerja bahkan boleh kepada isu personal itu sendiri.

Ketiga-tiga kategori Hubungan Platonik ini ada baik dan buruknya. Hubungan platonik Bromance dan Womance tidak berakhir dengan romantis, sebaliknya hubungan Work Spouse kadangkala berakhir dengan romantis sekiranya dalam keadaan berlawanan jantina, dan boleh membawa kepada perkahwinan.

Apakah ciri-ciri hubungan platonik?

  • Tiada keinginan untuk memiliki
  • Bebas menjalin hubungan baru dengan individu lain
  • Penerimaan sahabat tidak kira dalam apa jua keadaan
  • Tidak risau akan kehilangan
  • Tiada balasan atau kemahuan tertentu

Manfaat hubungan platonik:

Ramai pakar psikologi menganggap hubungan platonik mempunyai kelebihan tertentu khususnya sebagai sokongan emosi kepada seseorang individu. Contohnya, apabila seseorang individu mempunyai sahabat baik yang boleh berkongsi kisah suka dan duka, tahap kesedihan akan dapat dikurangkan. Perkongsian juga boleh menjadi penawar di kala menghadapi tekanan.

Berikut adalah antara kebaikan hubungan platonik:

  • Sebagai sokongan di saat memerlukan
  • Mengurangkan rasa sendiri/sepi (lonely)
  • Mengurangkan tekanan (stress)

Sekiranya hubungan ini adalah antara rakan sesama jantina, ianya dilihat sangat memberi manfaat sebagai sokongan individu atau memberikan mereka rasa bersama dalam menghadapi aktiviti atau rutin harian. Kerapkali hubungan platonik ini terjadi, sama ada di kalagan pelajar atau rakan sekerja. Bahkan hubungan platonik antara ibu, anak atau bapa dan sebagainya dengan ikatan kekeluargaan adalah sesuatu yang banyak memberi manfaat.

Walau bagaimana pun, setiap individu mestilah tahu batasan yang mana boleh dan tidak boleh. Sebagai contoh, hubungan akrab antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak dibatasi adab dan agama boleh menjurus kepada maksiat dan membawa kepada fitnah dan sebagainya.

Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
F, (03:41:05pm-03:46:05pm, 26 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]