BAGAIMANA NAK UBAH TABIAT BELAJAR YANG TIDAK SIHAT | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » BAGAIMANA NAK UBAH TABIAT BELAJAR YANG TIDAK SIHAT

BAGAIMANA NAK UBAH TABIAT BELAJAR YANG TIDAK SIHAT

Oleh : Pn. Anis Akmilah Mat Hassan K.B,P.A

 

Setiap individu mempunyai tabiat belajar tersendiri. Tabiat belajar ini terdidik daripada tingkah laku kebiasaan yang dilakukan semasa mengulang kaji pelajaran. Tabiat belajar seseorang boleh dikatakan tidak tidak berubah dari awal-awal pengajian sekolah rendah sehinggalah ke pengajian tinggi. Namun tuntutan pembelajaran dan kaedah belajar sentiasa berubah mengikut keperluan dan tuntutan pembelajaran semasa. Contohnya, semasa di alam persekolahan, teknik belajar lebih kepada latih tubi dan pemahaman pembelajaran secara objektif, namun di peringkat pengajian lebih tinggi seseorang individu akan diuji mengenai pemahaman dan aplikasi pengetahuan. Boleh jadi kaedah pembelajaran yang diamalkan sebelum ini tidak berhasil malah mungkin tidak sihat untuk anda! I Justeru, seseorang perlu mengubah cara gaya belajar yang lebih baik mengikut tuntutan semasa. Jom kita ketahui bagaimana ingin mengubah tabiat belajar yang kurang sihat kepada tabiat belajar yang lebih efisyen!  

 

  1. Jauhkan daripada gangguan

Ada individu yang mempunyai kebiasaan belajar dalam keadaan yang bising dan sibuk. Anda boleh mengubah rutin tersebut dengan belajar tanpa ganggguan termasuk gangguan telefon pintar anda! Pembelajaran senyap boleh membantu anda lebih tenang dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada maklumat yang perlu difahami.

 

  1. Bina matlamat belajar yang realistik

Apabila membina matlamat belajar, seseorang dapat fokus keperluan untuk fokus dalam setiap subjek secara sistematik. Tiada lagi ketinggalan subjek untuk diulang kaji.

 

  1. Tetapkan keutamaan

Setiap orang mempunyai kesukaan terhadap subjek yang mudah atau senag difahami dan tidak ketinggalan juga subjek yang sukar difahami. Utamakan subjek yang perlu diberi tumpuan agar anda mempunyai lebih masa untuk mengulang kaji. Lebih baik sekiranya subjek tersebut dapat diberi tumpuan Bersama rakan yang lebih berpengetahuan.

  1. Bina persekitaran yang baik

Persekitaran yang baik bleh mewujudkan mood yang baik. Oleh itu, persekitaran amat memainkan peranan semasa mengulangkaji. Contohnya, suasana di perpustakaan memberikan mood positif apabila semua orang memberi tumpuan kepada buku dan suasana yang lebih tenang. .

 

  1. Berehat sebentar

Belajar secara berterusan juga adalah amalan yang tidak sihat. Anda perlu mempunyai masa untuk berehat selang 1 jam. Berehatlah untuk meluruskan pinggang, memejam mata dan duduk dalam posisi rilek dalam tempoh 5-10 minit. Mempunyai masa untuk berehat dapat membantu anda kekal fokus semasa belajar.  

 

Semoga tip yang dikongsikan dapat memberi mafaat dan ruang untuk anda mengubah tabiat belajar yang lebih sihat.  

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcDAD~