Bagaimana Untuk Berjimat Sebagai Pelajar Kolej/universiti? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Bagaimana untuk berjimat sebagai pelajar kolej/universiti?

Bagaimana untuk berjimat sebagai pelajar kolej/universiti?

Tip untuk anda: bagaimana untuk berjimat sebagai pelajar kolej/universiti?

Sebagai pelajar sudah semestinya banyak perbelanjaan yang perlu kita keluarkan seperti bayaran kolej kediaman, bayaran setiap semester, pengangkutan, makanan dan sebagainya. Oleh itu, pelajar haruslah bijak dalam berbelanja untuk sentiasa kekal dalam bajet.

Antara beberapa cara untuk pelajar universiti berbelanja dengan baik ialah;

  1. Membeli atau menyewa buku terpakai. Pelajar boleh dapatkan buku - buku terpakai daripada pelajar semester lepas ataupun dari perpustakaan. Dengan cara ini, pelajar tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli buku baharu yang akan digunakan pada satu semester sahaja.
  1. Mengambil kesempatan harga diskaun pelajar. Perkara ini telah dikuatkuasakan untuk membantu para pelajar dengan menawarkan harga yang berpatutan. Tawaran ini disediakan di kebanyakan restoran makanan segera dan wayang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk berbelanja separuh harga sebagai pelajar.
  1. Elakkan membeli air mineral yang berlebihan, pelajar boleh isi air daripada mesin air yang telah disediakan. Hal ini kerana, universiti telah menyediakan mesin air seperti Coway di setiap kolej kediaman dan di fakulti-fakulti yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, pelajar dapat menyimpan duit daripada membeli air mineral setiap hari.
  2. Masak makanan sendiri dan elakkan selalu membeli makanan luar. Masakan sendiri adalah lebih sihat dan berkhasiat, pelajar boleh mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik dan juga dapat menghadiri setiap kelas atau peperiksaan. Tambahan lagi, anda juga boleh masakkan makanan untuk rakan sebilik dan bersama-sama jimat duit.

Untuk mendapatkan pelbagai perkongsian tip daripada kami di Bahagian Kaunseling UPM, anda boleh membuat carian pada ruang artikel dalam laman web ini dan sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di Bahagian Kaunseling UPM melalui Tele-Kaunseling Aplikasi Whatsapp di +60 11-5665 6221 atau ke laman web kami di https://bkupm.upm.edu.my/

Semoga tips ini bermanfaat buat anda semua! 

Tarikh Input: 07/11/2023 | Kemaskini: 07/11/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcPAh~