Beradaptasi | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Beradaptasi

Beradaptasi

Ditulis oleh : Nurul Sahada Saidin

 

Beberapa kajian berkaitan penjagaan kesihatan antara lelaki dan wanita yang telah dilakukan, golongan lelaki didapati lebih ramai mengabaikan kesihatan mereka berbanding golongan wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana, golongan lelaki khususnya  yang  telah memiliki keluarga lebih mengutamakan kebajikan atau ekonomi daripada kesihatan meraka kerana takut sumber pendapatan keluarga terjejas. Kesannya, statistik kamatian mengejut  di Malaysia menunjukkan peningkatan berapa tahun kebelakangan ini. Menurut berita My Metro, punca kematian secara mengejut disebabkan tiada darah yang dapat dipam dari jantung ke seluruh badan. Hal ini berlaku apabila pelbagai masalah komplikasi jantung seperti saluran koronari tersumbat akibat plak pecah atau malignant arrhythmia berlaku.

 

Peningkatan kematian mengejut  ini juga memberikan kesan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. Keluarga  yang kehilangan tonggak utama mereka secara tiba-tiba ibarat satu mimpi ngeri yang sukar dilupakan. Hal ini kerana, setiap ahli keluarga sukar untuk menerima hakikat dan memerlukan masa yang lama untuk menghilangkan kesedihan. Selain itu, ahli keluarga juga memerlukan masa untuk beradaptasi dengan situasi atau keadaan baru. Cara mengatasi kesedihan yang dihadapi oleh ahli keluarga yang ditinggalkan pastinya berbeza-beza kerana kekuatan mental, jiwa dan emosi seseorang tidak sama.

 

Oleh itu, masa yang diperlukan untuk mengatasi kesedihan bergantung kepada kekuatan seseorang beradaptasi dengan situasi yang baru tanpa orang yang mereka kasih buat selamanya. Walau bagaimana cara setiap orang mengekspresikan kesedihan, mereka perlu tahu perasaan sedih tidak boleh dilakukan sehingga meratapi. Hal ini kerana, meratapi kematian atau kepergian seseorang merupakan  tindakan yang bercanggah dengan syariat. Sabda Rasulullah bermaksud : "Dua perkara pada manusia yang kedua-duanya adalah daripada perbuatan orang kafir, mencela keturunan (seseorang) dan meratap atas mayat." Hadis Riwayat Muslim.

Tarikh Input: 21/02/2023 | Kemaskini: 21/02/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcGAJ~