BINA TABIAT POSITIF | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » BINA TABIAT POSITIF

BINA TABIAT POSITIF

Oleh: Puan Kamariah binti Derasol K.B.;P.A.

Kenalpasti tabiat yang ingin dibina

Tukar persekitaran positif
Persekitaran boleh mempengaruhi motivasi seseorang untuk berubah. Untuk memberi signal kepada otak bahawa diri sendiri ingin berubah, salah satu caranya adalah mengubah persekitaran fizikal. Contohnya, untuk memulakan tabiat pemakanan sihat, alihkan makanan ringan dan kurang berkhasiat dari peti ais, dapur dan meja makan. Untuk lebih rajin bersenam selepas waktu bekerja, gunakan laluan berhampiran gimnasium, padang atau tempat rekreasi. Lokasinya akan memudahkan proses singgah sebentar dan bersenam minima 30 minit.

Jadikan tabiat baru berbaloi
Perubahan tabiat baru perlukan keinginan yang kuat untuk dimulakan dan diteruskan selanjutnya. Secara semulajadinya, motivasi berubah akan lebih tinggi apabila ada ganjaran yang memuaskan hati, sama ada ganjaran 

Mudahkan proses bina tabiat baru
Tabiat baru lebih mudah dibina jika prosesnya dijadikan mudah. Contohnya untuk makan suplemen setiap hari, letakkan botol air dan suplemen di atas meja di tepi katil. Hanya perlu capai dalam jangkauan tangan sebelum tidur setiap hari. Bukankah mudah begitu?

Dapatkan rakan tanggungjawab
Untuk lebih bersemangat berubah ke arah positif, kehadiran rakan tanggungjawab, mentor dapat memberikan motivasi untuk mengekalkan momentum perubahan. Mereka ini boleh membantu anda dengan mengingatkan matlamat yang ingin dicapai. Contohnya, anda ingin mengurangkan berat badan dengan makan secara sihat. Ada kalanya anda terleka makan berlebihan, dan ditegur oleh rakan yang sama-sama ingin kurus secara sihat.

Sedikit tetapi konsisten
Untuk membina tabiat baru, yang penting adalah konsisten, ataupun istiqamah dalam melakukan tabiat yang ingin diubah. Contohnya, apabila ingin menyasarkan 10,000 langkah sehari, mulakan dengan kadar yang mampu dahulu. Bermula 1000 langkah dan tambah jumlahnya setiap minggu secara berkala, kepada 1500 langkah dan seterusnya.

Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 31/07/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (02:29:57pm-02:34:57pm, 27 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]