Buli | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Buli

Buli

Meskipun menginjak ke tahun 2022, isu buli masih menjadi isu besar di dada-dada akhbar. Tindakan buli ini wujud di mana-mana sahaja. Kesan isu buli bergantung kepada impak fizikal dan psikologikal mangsa buli. Bagi mangsa buli yang lemah, kurang keyakinan diri, mempunyai sistem sokongan yang lemah serta tidak reaktif kepada situasi menjadikan dirinya terus menerus dibuli.  Lebih kesian apabila mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah menjadi mangsa buli. Fenomena buli ini boleh menjurus kepada kesan yang lebih dahsyat apabila melibatkan kematian.

Ayuh, sesiapa pun kita, kenali apa itu BULI supaya anda tidak terlibat dengan jenayah ini. Buli atau dengan definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat yang  membawa maksud  perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru; membuli mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, menakutkan orang yg berkenaan.

 

Pelbagai jenis BULI dikenalpasti iaitu :-

  1. Perkataan

Tindakan mengejek seseorang dengan gelaran yang negatif, buruk dan menjatuhkan maruah seseorang juga dikatakan sebagai tingkah laku buli.

 

  1. Sosial

Tindakan memulaukan seseorang disebabkan atas faktor tidak suka akan penampilan, atau tujuan untuk menyakiti atau mempermainkan seseorang juga merupakan tingkah laku buli.

 

  1. Fizikal

Buli secara fizikal adalah apabila seseorang menyerang mangsa memukul dengan anggota badan atau menggunakan objek lain sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Buli fizikal juga melibatkan sentuhan seksual kepada mangsa.

 

  1. Siber

Siber buli mula dilihat apabila rakyat seluruh dunia diperkenalkan dengan kemudahan media sosial seperti myspace, facebook, twitter dan lain-lain. Serangan buli siber berlaku apabila seseorang diserang/dimalukan/dihina secara terang-terangan di media sosial.

 

Sekiranya anda mengalami salah satu serangan ini, bersuaralah! Hentikan tindakan buli ini kerana kesan kepada mangsa buli secara fizikal, emosi dan psikologikal. Hentikan Jenayah BULI!          

 

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 19/09/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEdBAO~