BYE BYE CARRY MARK!! | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » BYE BYE CARRY MARK!!

BYE BYE CARRY MARK!!

Penulis : Muhammad Za’im Rosli K.B, P.A

“Yeeehaa!! Macam biasa! Tuan aku pasti beri tumpuan lebih kepada aku!”. Jerit Mr Final gembira. Macam semester-semester sebelum ni, final exam tetap akan diberikan tumpuan terlebih dahulu berbanding carry mark oleh mahasiswa.
“Hmm.. nasib kau untung MR Final”. Tak macam aku. Kadang-kadang aku rasa aku ni dah macam melukut di tepi gantang dengan tuan kita tu.”
“Walaupun aku lah yang disebut-sebut oleh pensyarah dia dari awal sem, tapi tuan kita tetap percaya kan ko.” Keluh si Miss Carry kepada Mr Final.
“Haha..bukan apa Miss Carry, tuan kita ini sudah dilatih sekian lama untuk beri tumpuan kepada peperiksaan semata-mata. Yang dia tahu baca, hafal, muntahkan atas kertas..hahaha. Sebab itu lah aku ni lebih diberi perhatian sungguh pun akhir semester”. Jelas MR Final.
“Tapi dia tak tahu ke yang dia sekarang ni berada di universiti? Sudah tentu kaedah pembelajaran berbeza, cara pemarkahan berbeza, dan aspek penilaian juga berbeza!”
“Patutnya aku yang perlu diberi perhatian lebih! Aku sumbang markah lebih banyak berbanding kau! Keputusan tuan kita pun semakin menurun. Kalau berterusan begini, dia pasti gagal! Luah Miss Carry.
Mr Final menyambut dengan gelak besar.
“Hahahaha…kau tenang je! Tak perlu sedih sangat pada dia. Yang penting aku tetap nombor 1 di hatinya! Ko tegur lah macam mana pun dia tak kan faham..Kalau faham pun tiada guna lagi! Hahaha…”.
“Bila la tuan kita dan kawan-kawannya nak faham yang carry mark itu penyumbang besar kepada penilaian mereka sepanjang semester. Kalau lah aku boleh berkata-kata sudah pasti aku akan ingatkan mereka setiap hari. Carry mark bukan sekadar markah. Tetapi ia lebih dari itu. Ia adalah pembangunan kualiti diri”.

Tarikh Input: 25/09/2023 | Kemaskini: 25/09/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEdAAY~