CIRI-CIRI SAHABAT BAIK ANDA! | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » CIRI-CIRI SAHABAT BAIK ANDA!

CIRI-CIRI SAHABAT BAIK ANDA!

Kau ada di kalaku suka

Di kalaku duka

Setiap tangisan dan juga ketawa

Kau ada di kalaku perlu

Setia menemaniku

Pegang erat tanganku bila aku jatuh

 

Begitulah bait-bait lagu 'Sahabat' yang didendangkan oleh penyanyi Najwa Latif suatu ketika dahulu. Sahabat merupakan individu paling berpengaruh bagi seorang remaja yang meniti kehidupan ke alam dewasa yang lebih matang. Sebagaimana seseorang yang memerlukan sahabat untuk lebih kuat mengharungi liku-liku kehidupan , Bahagian Kaunseling UPM mengambil inisiatif untuk menghuraikan ciri-ciri Sahabat yang anda boleh jadi!

 

Sahabat yang Tidak Menghampakan

Sahabat yang baik, jarang sekali menghampakan perasaan sahabatnya. Tidaklah bermakna seorang sahabat harus menunaikan segala permintaan sahabatnya namun lebih kepada seorang sahabat yang dapat memahami hasrat dan sentiasa memberikan sokongan kepada sahabatnya.  

 

Sahabat yang tidak menghakimi

Seorang seorang yang baik, selalunya akan telus dan ikhlas dalam persahabatan yang terbina. Tidak menghakimi bermaksud seorang sahabat sentiasa menerima baik dan buruk diri seseorang. Malah, seorang sahabta yang baik pasti akan memberi ruang dan peluang kepada sahabatnya untuk memperbaiki dirinya.

 

Sahabat yang baik pasti membuat anda Gembira dan Tersenyum

Perasaan yang dikongsikan antara dua sahabat pasti akan membuahkan perasaan yang tenang, saling menyokong, rasa selamat dan positif. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang sahabat lebih gembira bersama sahabatnya.

 

Sahabat yang baik akan Menenangkan anda dikala Bersedih

Sahabat yang baik tidak akan cuba menyakitkan hati secara sengaja malah beliau akan cuba menenangkan diri anda meskpiun sekadar menemani di sisi.  Seorang sahabat yang baik tidak perlu untuk menjadi doktor atau kaunselor untuk membantu sahabatnya bangkit dari kesedihan, tetapi sentiasa menyokong beliau.

 

Sahabat yang baik akan Sentiasa Ada untuk Anda

Sahabat yang baik pasti akan sentiasa ada Ruang untuk sahabatnya secara fizikal mahupun virtual. Malah, sahabat yang baik pastikan mendoakan kesejahteraan buat sahabatnya.

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEdBAP~