Oleh : Encik Haniff bin Abdullah Hashim K.B.;P.A.
Ramai yang sering balik lewat dari pejabat kerana menjalankan tugas. namun apabila di semak kembali tidak banyak kerja yang diselesaikan. sedangkan rakan sepejabat yang lain nampak santai-santai sahaja tetapi apabila dilihat prestasi kerja sangat cemerlang. apabila keadaan ini terjadi, ramai yang menyalahkan diri sendiri dengan beranggapan bahawa diri tidak berguna, kurang pandai, tidak cekap dan sebagainya. malahan ada pula yang menyalahkan faktor persekitaran seperti merasakan terlalu banyak diberikan tugas. selaras dengan berlalunya masa dan teknologi, maka corah dan gaya kerja berubah. Kini terma Deep Work sering diperkatakan oleh ramai sebagai satu metod/kaedah kerja paling berkesan dalam menentukan produkti sama ada pelajar atau pun pekerja. deep Work secara ringkasnya adalah dimana individu dalam sesuatu keadaan mendapatkan fokus penuh dalam menjalankan tugas, seterusnya menyiapkan tugas dengan penuh kualiti. Semakin tinggi teknologi dan modennya alat perhubungan, sepatutnya kerja semakin mudah dijalankan. walau bagaimanapun keadaan sebaliknya pula berlaku kini. Dengan wujudnya media sosial,membuatkan individu mudah terganggu fokusnya. memburukkan lagi keadaan, terdapat individu menghabiskan masa dengan menatap aplikasi media sosial berbanding membuat kerja yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu Deep work adalah idea/konsep untuk membawa manusia kembali fokus kepada kerja yang sepatutnya dijalankan olehnya.
Pemikiran adalah seperti otot sekiranya tidak melatih otot akan menjadi lemah dan menyusut. jadi latih pemikiran untuk dalam sesuatu masa untuk fokus kepada kerja sahaja, tanpa memikirkan perkara lain. tolak ke tepi dahulu tugas-tugas remeh seperti membalas emel, membalas whatsapp, perancangan hujung minggu, atau perkara berkaitan peribadi, sebaliknya fokus contohnya jam 10 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari, hanyalah untuk kerja-kerja memerlukan fokus tinggi seperti membuat laporan, membuat penulisan, merancang program dan sebagainya. seeloknya kerja-kerja berinsentiti tinggi (memerlukan pemikiran dan fokus yang tinggi dilakukan pada awal pekerjaan. kerja-kerja receh seperti membalas emel dan perbincangan kecil bersama dengan rakan sekerja boleh dilakukan selepas itu.
Pilih satu media sosial yang banyak membantu dan efektif. hadkan skrin kepada sesuatu masa. Semak whatsapp 20-30 minit sahaja, supaya tidak ketinggalan. Membalas kepada isu-isu yang penting sahaja. Sekiranya tiada keperluan untuk membuka facebook, tiktok, atau instagram semasa bekerja, elakkan membuka masa bekerja.
Kenalpasti rutin yang banyak memakan masa, seperti memikirkan kedai untuk membeli sarapan, dan sarapan apa pada masa tersebut. sekiranya perlu boleh pilih satu kedai sahaja untuk tempoh satu minggu, kemudian minggu seterusnya kedai yang lain, pula.
Mengambil contoh pekerja pejabat yang bekerja selama 9 jam. Masuk jam 8.30 pagi dan pulang jam 5.00 petang. 30 minit pertama adalah untuk merancang pekerjaan yang perlu dijalankan pada hari tersebut. catatkan segala kerja yang perlu diselesaikan pada hari tersebut. Tiga jam berikut fokus kepada kerja-kerja yang memerlukan fokus yang tinggi. jadi ketika ini, kaedah Deep work sangat sesuai digunakan. 3 jam tersebut dibahagi pula kepada dua fasa, fasa pertama 1 jam 20 minit rehat 10 minit, kemudian sambung lagi selama 1 jam 20 minit. bagi memastikan anda tidak terganggu, jauhkan telefon bimbit, log keluar whatsapp di komputer dan buka satu atau dua browser yang berkenaan sahaja untuk rujukan. Jika hilang fokus, buat teknik breathing. usah sesekali mencuba untuk membuka media sosial. ini kerana anda sangat mudah untuk berlama-lamaan apabila membuka media sosial.

Tarikh Input: 28/01/2025 | Kemaskini: 28/01/2025 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia