DILEMA ANTARA PERSATUAN DAN AKADEMIK | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » DILEMA ANTARA PERSATUAN DAN AKADEMIK

DILEMA ANTARA PERSATUAN DAN AKADEMIK

Penulis : Muhammad Za’im Rosli K.B, P.A

Kalau semata-mata bangun, pergi kelas, ulang kaji, tidur apa barang! Majikan sekarang memilih graduan yang berdaya saing. Ada nilai kepimpinan, keusahawanan, kecekapan digital dan lain-lain. Mana nak dapat semua tu kalau bukan dengan berpersatuan?

 

Tetapi apabila nak bergiat aktif sebagai pemimpin pelajar takut keputusan corot pula. Alahai bagaimana nak mengerjakannya? Inilah dilema di antara kualiti kepimpinan dan keputusan akademik yang cemerlang. Pernah tak anda mengalami dilema samada ingin bergiat aktif dalam persatuan atau memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran?

 

Pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri pelajar adalah sama penting untuk dibangunkan. Pencapaian yang cemerlang semata-mata tidak menggambarkan kualiti sebenar seorang mahasiswa. Sebaliknya keseimbangan antara aspek pelajaran dan kepimpinan adalah sangat penting. Namun begitu mahasiswa sering kali gagal dalam melakukan keseimbangan tersebut sehingga mengganggu prestasi akademik, perhubungan dengan orang sekeliling dan gangguan kesihatan mental.

 

Keseimbangan ini sangat berkait rapat dengan keupayaan mahasiswa mengurus aktiviti harian dengan afektif. Mahasiswa yang efektif tahu bagaimana ingin memanfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk mencapai keseimbangan kehidupan di kampus.

 

Empat aspek yang perlu diberi perhatian oleh mahasiswa untuk menjadi mahasiswa yang seimbang dan holistik adalah merangkumi kefahaman tentang wawasan atau matlamat hidup, peranan dan tanggung jawab, tugasan bagi setiap peranan, peruntukan masa, sumber daya, dan tindakan yang efektif.

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcLAi~