Gaya Terbaik Berkomunikasi Dengan Rakan Anda | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Gaya Terbaik Berkomunikasi dengan Rakan Anda

Gaya Terbaik Berkomunikasi dengan Rakan Anda

Oleh : Anis Akmilah Binti Mat Hassan K.B,P.A

Komunikasi bermaksud proses penyampaian atau pertukaran maklumat dengan bercakap, menulis atau menggunakan medium lain. Komunikasi amat penting dalam mengekalkan keseimbangan dan kesejahteraan dalam perhubungan sesama manusia. Dalam perhubungan antara sesama rakan, gaya komunikasi dapat dilihat sama ada komunikasi yang berlaku berada di tahap yang terbaik. Di sini, kaunselor akan kongsikan gaya komunikasi terbaik bersama rakan-rakan.

1. Mendengar secara aktif
Dalam sesebuah perbualan, akan ada seseorang yang bercakap dan ada yang akan mendengar. Untuk memastikan anda memahami maklumat yang disampaikan, mendengar merupakan salah satu teknik berkesan. mendengar secara aktif bermaksud anda mendengar melalui mata, telinga dan otak. Proses maklumat akan berlaku dengan baik apabila seseorang mendengar secara aktif.

2. Respek Pendapat
Apabila berbual-bual dengan rakan, ada kemungkinan ada perkara yang anda tidak bersetuju dengan beliau. Namun itu bukanlah bermakna anda perlu menghentikan perbualan tersebut. Mendengarkan sehingga habis tanpa memotong percakapan beliau. Ini menunjukkan anda menghormati pendapat yang disampaikan dan bukan bermakna anda bersetuju dengannya.

3. Menjaga Bahasa Badan
Semasa berkomunikasi, posisi badan, kedudukan tangan dan kaki serta pandangan mata akan menunjukkan bahawa anda berminat mahupun tidak. Oleh itu, apabila seseorang berbicara halakan wajah dan condong ke arah mereka akan menunjukkan anda berminat dalam perbualan tersebut.

4. Beri Maklumbalas
Dalam berkomunikasi, maklumbalas amat penting menunjukkan bahawa komunikasi yang disampaikan secara efektif. Respon yang diberikan menunjukkan maklumat diterima dengan baik.

Secara keseluruhan komunikasi amat penting dalam penyampaian emosi yang berkesan. Melalui tip yang dikongsikan dapat membantu anda dalam komunikasi bersama rakan-rakan anda. Komunikasi yang baik dapat membantu menjaga hubungan yang baik di antara rakan-rakan.

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcJAM~