IDEA JAGA DIRI (SELF CARE) UNTUK KESEJAHTERAAN EMOSI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» ARTIKEL » IDEA JAGA DIRI (SELF CARE) UNTUK KESEJAHTERAAN EMOSI

IDEA JAGA DIRI (SELF CARE) UNTUK KESEJAHTERAAN EMOSI

Oleh : Encik Haniff bin Abdullah Hashim K.B.;P.A.

Kebimbangan, keresahan, runsing, sedih dan tekanan pada asasnya adalah berpunca dari pemikiran negatif. Pemikiran negatif terhasil secara automatik kesan dari pengalaman-pengalaman, pengetahuan am, pembelajaran dan pemerhatian yang dilalui oleh pada masa lalu. oleh itu antara elemen utama dalam menjaga emosi adalah dengan menterbalikkan pemikiran negatif kepada pemikiran rasional. walau bagaimana pun perkara ini bukanlah mudah, sebaliknya memerlukan usaha secara konsisten oleh individu. berikut adalah beberapa langkah menjernihkan pemikiran untuk mendapatkan pemikiran rasional

Menerima
sepanjang kehidupan manusia berhadapan dengan pelbagai peristiwa. ada sesetengah peristiwa tersebut mungkin mendatangkan kesan mendalam kepada seseorang. akibatnya individu tersebut tidak dapat menerima peristiwa tersebut, dan penafian ini sekiranya dibiarkan berterusan, akan menjejaskan pemikiran dan seterusnya menganggu emosi. Oleh itu semak anda kembali dalam diri sekiranya terdapat perkara dalam diri anda yang masih belum dapat diterima sepenuh, atau masih dalam penafian (denial) cubalah untuk menerima perkara tersebut secara perlahan-lahan dan secara tidak membahayakan pemikiran dan emosi anda. Sekiranya merasakan sangat sukar anda boleh cuba menghubungi pihak profesional untuk.

Memaafkan
Seterusnya sekiranya anda telah berjaya menerima apa yang terjadi dan tidak lagi terkongkong dalam penafian. Cubalah untuk memaafkan persekitaran, orang lain dan yang paling penting adalah diri anda sendiri. walau pun kemaafan bukanlah semudah menyebutnya, tetapi sekiranya anda mahu membebaskan diri dari pemikiran tidak rasional dan negatif. anda perlu untuk mempertimbangkan untuk memaafkan perkara-perkara yang telah terlepas. Sekiranya tidak mampu untuk memaafkan secara keseluruhannya, cubalah maafkan secara sebahagian dahulu.

Bersyukur
Akhirnya bagi menjaga emosi anda sendiri. Lihatlah pada sekeliling dan dalam diri anda sendiri. Syukurilah apa yang anda. PAsti anda akan temui apa yang anda lebih banyak daripada apa yang ada tiada dan ingin perkara tersebut. Nikmatilah setiap saat kehidupan dengan gembira.

Tarikh Input: 29/07/2025 | Kemaskini: 29/07/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (08:39:14am-08:44:14am, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]